Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

17 Aug 2016

5 sebab kenapa anda perlu kembiri kucing anda.

My cat Boosyuk. Telah dikembirikan biarpun agak lewat. Kaedah kembiri dipilih setelah Boosyuk terlalu kerap beranak sebingga menyebabkan  rahimnya terkeluar sewaktu proses melahirkan. Veterinar terpaksa melakukan pembedahan bagi memasukkan kembaali rahim terbabit. Setelah dikembiri, Boosyuk lebih sihat dan alhamdulillah masih hidup sehingga sekarang.
Membela kucing merupakan satu tanggungjawab yang tidak harus dipandang rendah. Kucing memerlukan penjagaan yang rapi dari sudut pemakanan mahupun penjagaan harian. Namun begitu, ada yang gagal menjalankan tanggungjawab ini. Kembiri disarankan untuk mengawa populasi kucing.

Apa itu kembiri?

Kembiri bermaksud pemandulan. Kaedah ini merupakan alternatif terbaik untuk mengurangkan populasi haiwan. Kaedah kembiri bagi kucing betina dipanggil "SPAY", dimana rahim kucing betina berkenaan akan dibuang. Bagi kucing jantan, pula dipanggil "NEUTER", dimana hanya pembedahan luaran membuang 'kantung telur' sahaja dilakukan. Kebiasaanya, kos kembiri kucing betina lebih mahal berbanding kucing jantan dan kaedah ini hanya boleh dilakukan oleh veterinar terlatih. 

Kenapa perlu kembiri?

1) Overpopulasi kucing
Jika proses kehamilan manusia memerlukan sehingga 9bulan, proses kehamilan kucing hanyalah selama 65 hari. Kucing boleh melahirkan paling sedikit seekor dan paling banyak ialah 13 ekor. Menurut sumber, kucing boleh mula "heat' kembali selepas 2 minggu melahirkan. Cuba bayangkan berapa banyak anak kucing yang bakal lahir sekiranya bilangan mereka tidak dikawal. 

2) Kos untuk menjaga kebajikan kucing yang bakal meningkat.
Bilangan kucing yang terlalu banyak ini sememangnya mendatangkan masalah kepada manusia lebih-lebih lagi dalam menguruskan mereka. Lebih banyak kos diperlukan untuk makanan, pasir kucing dan juga ubat-ubatan untuk kesihatan mereka. Rata-rata kos memelihara seekor kucing adalah dalam lingkungan RM100 sebulan. Bayangkan berapa banyak kos yang diperlukan untuk lebih banyak bilangan kucing

3) Kembiri menjamin kesihatan kucing
Bila bilangan kucing terlalu banyak, tuan kucing tidak mampu memberi perhatian sepenuhnya kepada kucing mereka. Maka terjadilah kes-kes pembuangan kucing-kucing terbiar ini. Antara lokasi yang sering dianggap sesuai ialah pasar-pasar yang kononnya mempunyai banyak ikan dan sumber makanan bagi kucing. 
Perlu dingatkan, sekiranya anda membuang kucing di pasar, ia hanyalah penyelesaian masalah di pihak anda, namun membebankan orang lain. Sekiranya benar dikatakan kucing yang dibuang dipasar lebih banyak makanan, kenapa kucing-kucing ini kelihatan comot, kurus-kering, kelaparan dan ada kalanya dipukul dan diainaya oleh manusia? 
Kucing yang dikembiri selalunya lebih sihat dan lebih gemuk. Ini kerana meraka tidak akan bergaduh dan memancut merata-rata setelah dikembiri.

4)Tiada istilah menghalang fitrah kucing dalam kembiri
Sebagai manusia, kita diberi akal untuk berfikir dan sebagaimana kita tahu, haiwan tidak memiliki akal.Kitalah yang wajar bertindak sebagai khalifah memikirkan apa yang terbaik buat mereka. Ramai berpendapat,kembiri binatang adalah tidak wajar kerana ia bakal menghalang nafsu "seks" haiwan terbabit. Adakah benar fitrah kucing melakukan seks sama dengan manusia?Sekiranya dengan tidak kembiri, adakah anda boleh jamin yang anda mampu membela kesemua anak-anak kucing yang baka lahir dengan baik?Adakah anda pasti mereka tidak akan diserang penyakit? Adakah anda pasti kucing-kucing anda tidak mendatangkan masalah kepada orang lain? Sekiranya tidak, kembirikanlah. Bela setakat yang anda mampu

5) Kembiri boleh menjaga hubungan sesama manusia
Terdapat kes yang kucing yang dibela berak merata-rata dan merosakkan harta benda jiran. Ada juga kes dimana kucing terbabit tidak berak dirumah jiran namun bau dari najis kucing mengganggu jiran. Kesannya, hubungan anda dengan jiran bakal berantakan. Anda gemar memelihara kucing, namun perlu diingat mungkin ada orang yang alah dengan kucing. Hormatilah sesama manusia.

Oleh itu, kembirikan lah kucing anda. Bela setakat yang mampu. Jangan membebankan orang lain dengan minat dan kewajipan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...