Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

10 Nov 2015

Euro Trip : Across United Kingdom

Bila sebut je United Kingdom atau UK ni, ramai antara kita terus kaitkan dengan London atau England.
Bagi yang masih belum tahu, UK sebenarnya bukan sekadar tu. London merupakan capital city bagi UK namun, UK atau nama rasminya "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland", merupakan gabungan antara England(London),Scotland (Edinburgh), Wales (Cardiff) and Northern Ireland (Belfast).  Orang-orang UK ni dipanggil British.


Alhamdulillah Wawa berkesempatan untuk melawat kesemua capital city di UK kecuali Northen Ireland sebab kami pilih untuk ke Dublin berbanding Belfast..

Trip bermula dari Sheffield. Berikut merupakan urutan perjalanan kami.
-Sheffield
-London
-Cambridge
-Oxford
-Bath 
-Cardiff
-Manchester
-Blackpool
-Edinburgh
-Newcastle
-Chester-Le-Street

Bagi yang berminat, anda boleh request itinerary perjalanan kami melawat capital city di UK. Jadual termasuk kos penginapan dan pengangkutan disediakan(tertakluk kepada harga semasa)


Pesanan ringkas:-

*London- Tempat famous bagi student Malaysia adalah Malaysia Hall berdekatan Bayswater. Selain dari makanan di Malaysian Hall yang berpatutan dan insyaallah dapat mengubat rindu pada Malaysia, terdapat banyak lagi kedai makanan halal seperti Tuk-tuk dan Rasa Malaysia. Bagi yang mencari penginapan murah, anda boleh cuba Smart Hyde Park Inn atau Nottinghill Hostel London.Penginapan ini sangat sesuai bagi mereka yang backpackers.Di Smart Hyde Park Inn, anda bukan sahaja jumpa katil double decker, tapi triple decker. Jika anda benar-benar in tight budget, boleh cuba menginap di Hostel 639 Harrow Road. Jauh dari tempat attraction,dekat kubur namun mudah access untuk public transport seperti bas dan tube. Saya lebih gemar berjalan menggunakan bas di London berbanding tube kerana harganya lebih murah. One day pass untuk bas di London hanya 5pound. Anda tidak perlu membeli Oyster Card apabila menggunakan one day pass.

*Cambridge- Bandar yang cantik dan mudah di access bagi pejalan kaki. Disini letaknya universiti terbaik di dunia. Kami asalnya bercadang untuk menginap di Airbnb namun memandangkan respond lambat dari host, kami check in YHA Cambridge. Totally recommended. Price standard. Tapi location terbaik. Boleh jalan kaki je dari train station. Staff pun sangat friendly. Disini,kami cuba Boat Punting. Bila punting, anda umpama dah round Cambridge. anda akan menyusuri tempat-tempat menarik di Cambridge sambil dengar tukang kayuh explain sejarah tempat2 yang dilalui.
Kami sebelum Boat Punting.

View semasa boat punting




*Oxford- Melawat bandar Oxford umpama membuat lawatan di bandaraya bersejarah. Bangunannya cantik-cantik dengan dekorasi lama. Kami ikut bulat-bulat google maps dari stesen keretaapi ke bandar Oxford. Sememangnya maps buat kami pening. Apa yang menarik disini ialah bot-bot yang dihias bagai rumah atas air penduduk disini. 


*Bath - Bandar untuk orang kaya.. Dipusat bandar terdapat banyak butik-butik dengan jenama tersendiri. Kami menginap di YHA Bath. Guna google maps macam dekat tapi if jalan kaki dari stesen bas/train ke YHA Bath, sangat jauh. Anda disarankan guna bas. Tempat2 menarik seperti Roman Baths dan Thermae Bath Spa pulak ada entrance fee.Harga memang buat saya mampu kerling dari jauh je.
Dihadapan Thermae Bath Spa. 

*Cardiff- Bandar yang besar di Wales. Namun memandangkan waktu kami tiba disana hujan lebat, tak banyak tempat yang kami dapat lawat. Millenium Stadium terletak betul-betul berdekatan dengan stesen kereta api. Ada taman besar bertentangan dengan Millenium Stadium yang sangat sesuai untuk ambil angin atau rekreasi.
Cardiff Castle


*Manchester- My favorite place to visit. Saya namakan Manchester syurga makanan sebab sangatlah mudah nak cari makanan halal di Manchester. Paling heaven di kawasan Rusholme. Sepanjang jalan penuh dengan deretan kedai yang menjual pelbagai makanan dari pelbagai negara. Contohnya Kebabish, Al-Jazeera, Gelato, dan banyak lagi.Selain itu, anda boleh shopping Indian Jewellery, jubah dan sebagainya di kawasan Rusholme ni.  Kawasan bandar Manchester juga mudah di access melalui Manchester Piccadilly.Saya pernah cuba buffet di TOPS yang hanya 10pound. Stadium Manchester United pula merupakan antara stadium yang paling best untuk dilawati dengan idea marketingnya yang menarik.Sangat berbeza dengan stadium di Barcelona. Yang tak best, fridge magnet kat sini mahal dan tak lawa.


*Blackpool- Tepi pantai. Sepanjang jalan penuh dengan hotel-hotel dan kedai-kedai makanan laut. Harga sangat berpatutan. Fridge magnet kat sini juga murah. Tempat attraction ialah Blackpool Pleasure Beach. Ini merupakan theme park yang sangat happening. Semua permainan umpana nak cabut jantung. kami bayar around 27pound untuk student price, dan boleh spend one whole day try semua permainan dalam ni. Memandangkan terlalu banyak penginapan disini, anda disarankan untuk tidak tidur di stesen kereta api.

Blackpool

*Edinburgh- Cantik, cantik dan cantik. Tu je boleh cakap.  Scenery berlatarkan castle. Disini, matawang yang digunakan adalah Pound Sterling namun mereka mengeluarkan wang mereka sendiri. Design duit Scotland ni sangat exclusive.Terdapat masjid besar betul-betul berdekatan university dan dibelakang masjid, terdapat tempat makan Arab yang best dan murah.

*Newcastle- Lebih kepada bandar moden.Secara peribadi, saya tidak merasakan keunikan bandar ini berbanding bandar-bandar lain di UK.



-Chester-Le-Street- Bandar kecil. Attraction ialah di Angel of the North. Tempat ni juga sunyi dan tidak sesak dengan pelancong.





.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...