Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

27 Jun 2015

Pelajar Oversea Kerap Melancong.. Apa Rahsianya?



Respond masa mula2 baca tweet ni = panas je rasa.hehe. Yang part dia belajar nak mampus je dia nampak, yang kita kat sini tak nampakla sebab kerap berjalan..yer idak?

Frankly speaking, belajar dekat mana2 pun ada cabaran tersendiri. I am not saying this on side of pelajar oversea sebab I pelajar oversea but my statement is based on I had experienced both conditions.baik oversea mahupun Malaysia.

Mungkin anda tak tahu tahap nak mampus belajar tu sbb pelajar oversea lebih suka "hide" this bad part. Kenapa?? Salah satu sebab utama, FAMILY. Berada beribu batu jauh dari keluarga pun dah buat keluarga risau, apatah lagi kalau kami hari2 keja update susahnya nak jumpa makanan halal, nak pass exam, nak penginapan murah, nak bergaul and macam2 masalah lagilah.. Masa belajar di Malaysia, even jauh jugak la dari family (My degree at Kedah and my foundation at Shah Alam while I am Kelantanese), family masih boleh jenguk. So tahap kebimbangan mereka sangatla ketara bila mereka dah tak dapat nak jenguk anak2 kesayangan mereka. 

And the other part kenapa pelajar oversea kerap melancong ialah:-
1) transportation sini murah dan berpatutan: Banyak budget airlines seperti Ryan Air, Jet Airways and etc menawarkan harga yang betul2 korang tak sangka. Contohnya saya pernah ke Dublin dengan bayaran cuma around 9pound=RM 54. Jangan dikira kalau naik bas.Bas dari UK ke Paris ada yang hanya 15pound=RM90 (tak caya check Megabus).  Kos yang lebih kurang sama pelajar di Malaysia gunakan nak pegi trip ke Krabi, Phuket, etc yang mana konpem kami tak dapat harga tu dari sini. So, sekiranya pelajar di Malaysia boleh travel bersama kawan2 merata Malaysia dan negara berdekatan, begitulah jugak kami dekat sini sesuai dengan lokasi kami.
2)Travel backpackers: Hampir kesemua trip menggunakan kaedah backpackers. Bahasa mudahnya, tido dekat hostel/airport/dalam train or bas, makan megi cup or roti and shopping fridge magnet and poskad je. Yang penting sampai tempat terbabit untuk tengok budaya dan suasana. Bukan shopping ok!
3)Lepas kumpul duit berbulan2:Untuk melancong, ramai pelajar oversea yang sebenarnya ikat perut dan berjimat cermat sebelum trip. Dekat UK, accomodation merupakan antara kos termahal kami bayar biarpun rumah kongsi. Saya bayar around 260pound sebulan untuk rumah sewa. Belum termasuk electric and gas. Boleh cecah per head 50 pound per month. Wifi around 6pound per month, and other expenses lagi.Untuk berjimat, kami masak dekat rumah. Shopping baju dekat charity shop. Nilah sebab2 kami dapat travel.

Setiap orang ada rezeki masing-masing. Disebalik kami yang kononnya bergembira travel (travel backpackers ni sebenarnya penat kot), kami pun banyak berkorban jiwa dekat sini. Kami terpaksa lupakan adaptasi dengan makanan sini yang tidak sesedap Malaysia, korbankan saat manis bersama kawan2 yang kawin and timang anak, tak beraya dengan keluarga, puasa dekat 20jam dan macam2 lagi. Tapi semua ni pengalaman, dari memilih untuk dengki dengan orang, lebih baik kita BERSYUKURLAH dengan tiap apa yang kita ada. Sesungguhnya, 10x kita rasa kita kurang, rupanya ada 100x orang lain nak duduk tempat kita. 

Jom ceria2 kita kongsi2 gambar travel ek.. 


Newcastle, UK

Nottingham, UK

Oxford, UK

Eiffel Tower, France

Brussel, Belgium

Peak District, UK

York, UK


Angel of the North, England, United Kingdom

Bath, England, United Kingdom

Blackpool Pleasure Beach, UK

Cambridge, UK

Cardiff, Wales

Chelsea, UK

Arsenal, UK

Cheshire Oaks, UK
Edinburgh, Scotland

Weston Park, Sheffield

Leeds, UK

London, UK

Department of Politics, Sheffield, UK

Madame Tussauds, Baker Street, UK

Mirpuri Dhera, Sheffield,UK

Maastricht, Netherlands

Kinderdijk, Netherlands

Keukenhof, Netherlands
upcoming trips : Denmark, Germany, Italy and Spain..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...