Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

2 Jan 2015

Mencari makanan halal

Makanan halal.. antara isu yang sering diketengahkan oleh Muslim apabila nak datang non-Islamic country
Sememangnya mencari makanan halal itu sangat penting kerana dari makanan itulah menjadi darah daging kita.
Namun,jangan rumitkan Islam sebagai penyebab anda tak boleh nak makan banyak benda sedangkan Islam sebenarnya agama yang universal.
yup, I pun rasa benda yang sama pada mulanya..
tapi bila lama-lama di sini, rasanya isu ni makin dapat diatasi..
Tinggallah di mana sahaja di muka bumi Allah, pasti ada rezeki dari Allah.
Kalau anda memilih bab makanan, so susahlah sikit nak hidup..


Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)

Gambar sekadar hiasan
Membuktikan makanan bukan isu besar di negara bukan Islam..:P
Sebelah kiri merupakan zaman bekerja (2013) dan sebelah kanan ialah zaman belajar di UK (2014)
Dikhabarkan oleh kaum kerabat bahawa sekarang lebih berisi dari dulu.
1) Jadi vegetarian
Salah satu solution bila anda tinggal/travel di negara bukan Islam ialah dengan jadi vegetarian. Sememangnya susah bagi mereka yang tak gemarkan sayur-sayuran. Meat or chicken is not the main option here sebab kita ragui cara sembelihan ayam dan daging disini. Kemungkinan tidak halal dan to play save choose the menu for vegetarian.Frankly speaking, not bad to be a vegetarian here. Anda boleh makan apa sahaja spt susu, cheese, tomato, salad yang mana disini sangat segar dan juga mengenyangkan

2) Makan seafood
Sebenarnya susah nak jumpa seafood disini tapi ini merupakan option bagi mereka yang mencari-cari makanan halal. Ketam,sotong,udang,ikan dan sbgnya sememangnya halal dimakan. Cubalah memasak menu berasaskan seafood sepanjang anda tinggal di luar negara

3) Arab/Yaman or Indian Restaurant
Kebanyakkan restoren yang disediakan oleh mereka menyediakan makanan halal, Disinilah tempat untuk anda ubat rasa rindu pada ayam mahupun daging dengan harga yang berpatutan. Sepanjang di UK tiada masalah untuk temui makanan halal lebih-lebih lagi sepanjang travel di Rusholme,Manchester..Sheffield pun not bad tapi taklah sebahagia anda di Rusholme.

3 pilihan diatas merupakan contoh yang saya amalkan. Alhamdullillah setakat ni memang cukup makan.Jangan takut untuk travel semata-mata risau tiada makanan. Insyaallah..di mana-mana sahaja ada makanan..:)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...