Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

26 Feb 2014

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

sebenarnya dah lama dapat tahu berita ni..
Namun memang tak sabar dah nak kongsikan dengan reader-reader sekalian..

Akhirnya, daku bebas hutang..
Tak sia-sia struggle zaman degree dulu (struggle ke??)
hehhehhe..



Step nak dapatkan benda ni sebenarnya mudah je..namun  memerlukan kesabaran yang tinggi ok..

1) biarpun korang ni grad first class degree, jangan assume PTPTN akan directly consider loan PTPTN korang dah tak payah bayar..ANDA KENA MAKLUMKAN PADA PTPTN.

2) Isi borang ni

3) Sertakan dokumen-dokumen terbabit;-

i. Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi.

ii. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

iii. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

iv. Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

v. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah)

4) Sebagai contoh, saya di UITM kampus cawangan memerlukan saya untuk mendapatkan pengesahan dari UITM kampus induk bagi mengesahkan sijil meskipun di sijil tu sudah tertera "Kelas Pertama". Dokumen-dokumen perlu disahkan.(berbaloi ke Shah Alam bila tak payah bayar PTPTN).


kepada adik-adik  yang masih tengah belajar Degree tu..
Make sure korang belajar betul-betul and dapatkan pointer First Class
Sekurang-kurangnya anda tak payah nak pening kepala fikir pasal nak bayar pinjaman PTPTN lepas ni. 
Boleh fokus nak beli kereta, rumah,sambung belajar or kawen.,


Good Luck korang...

35 comments:

  1. salam.sy nak tanya klaw blaja di uitm cawangan mmg kna buat pngesahan sijil di uitm shah alam ke?
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Yup. Kampus cawangan kena dapatkan pengesahan di kampus shah alam. Saya dari Kedah pun dapatkan pengesahan dari Shah Alam

      Delete
  2. berape first class untuk uitm ,, klu u laen 3.7 kan ,,, jadi klu uitm 3.5 tak kene bayar ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang saya tahu, UITM CGPA untuk first class iala 3.5 and above.

      Delete
  3. Hai nak tanya, diploma ada tak yang tak payah bayar ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am so sorry Syafiqah. Setakat maklumat yang saya tahu hanya ijazah kelas pertama yang dikecualikan bayaran balik PTPTN.

      Delete
    2. Hi Nurul Syafiqah, saya ambil ptptn waktu diploma dulu dan tetap kena bayar juga walaupun dapat kelas pertama. Pengecualian bayaran hanya untuk ijazah sahaja.

      Delete
  4. Saya nak tanya,awak aritu buat pengesahan dokumen semua tu kat bahagian HEA ke.? Sape yg tolong sahkan ye..saya pun dr uitm cwgn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan HEA tapi tak salah unit konvokesyen. Dekat menara SAAS, 1 tingkat je atas pejabat pos

      Delete
  5. Hi, saya nak tanya. Permohonan pengecualian pembayaran ptptn hanya boleh dilakukan selepas konvokesyen atau sejurus selepas mendapat keputusan akhir degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat selepas konvokesyen.sbb masa konvo dpt scroll first class degree tu.scroll tu yg disahkan and submit dkt ptptn together with transcript

      Delete
    2. saya nak tanya,ada tempoh xutk buat permohonan ni??sy dah terlambat setahun lbih..

      Delete
    3. saya nak tanya,ada tempoh xutk buat permohonan ni??sy dah terlambat setahun lbih..

      Delete
  6. macam mana pula dengan pelajar yang dapat pinjaman ptptn separuh masa pengajian sahaja sebab dia dapat biasiswa lain? maksud saya, kalau dia hanya pinjam ptptn dr sem 1-2 dan sem seterusnya dia dapat biasiswa lain, adakah dia dikecualikan dr kene bayar pinjaman dia tu kalau dia dapat 1st class degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf Ana.sy tak pasti hal tu.rasanya by perjanjian x dpt pengecualian sbb tak tamat pengajian dgn ptptn.tp boleh cuba buat rayuan dgn ptptn.maybe pegawai ptptn akan lbh membantu utk jawab soalan ni

      Delete
    2. Boleh apply kalau dapat 1st class degree. Tak ada masalah.

      But you have to pay the overlapping funding (if any). Contohnya dpt ptptn from Sem 1-4 and dpt juga JPA from sem 3-6. Maknanya, Sem 3 & Sem 4 tu you dah ada dua organization yang fund your education. You kena bayar dulu amount yang you dpt from ptptn masa Sem 3 & Sem 4. Lepas tu you dah boleh proceed dgn application utk waive loan ptptn ni.

      Delete
    3. sory cik anonymous ,blh sy tahu mcm mna cara nk dptkn pngecualian byrn jika dpt tajaan lain .. kena isi borang dkt office ptptn ke ?

      Delete
  7. salam. nk tny selaku rakan seuitm.

    1. sijil tu mmg kena sah kt induk shj ke? hea cwgn mmg invalid ke mcm mna?

    2. awk send permohonan ni by hand or pos? dan u hnt ke HQ or pej ptptn negeri? ok tu je soklan. mohon pencerahan ye. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-waktu zaman saya perlu pengesahan dari Unit Konvo Uitm Shah Alam.current situation sy tak pasti
      2-i prefer do everything by hand sbb sy suka tanya directly dgn person in charge

      Delete
  8. Saya nak tanya. Awak tunggu berapa lama ye untuk dapatkan keputusan lulus ptptn?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam nak tanya. Kalau saya habis belajar dalam julai 2016, tetapi grad in 2017 (which is masatu baru dapat scroll) boleh lagi ke nak apply pengecualian tu? Sebab start batch saya setahun habis belajar baru convo :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. problem kita sama. and actually skrg ni sebnrnya for first class uitm pointer kena brp? 3.5 or lg tggi?

      Delete
    3. problem kita sama. and actually skrg ni sebnrnya for first class uitm pointer kena brp? 3.5 or lg tggi?

      Delete
  11. Boleh x awak bg contoh surat yg kne tulis sendiri tok pengecualian tu?... ape lg yg nk tulis ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. contoh surat tu dah takde sebab dah lama sangat saya dapat pengecualian tu. Cuma yang pasti kita perlu bg solid reason kenapa kita layak untuk pengecualian bayaran balik tu. Contohnya selain dari degree first class, kita masih tiada pekerjaan tetap, menyara keluarga dan sebagainya.

      Pihak PTPTN akan mengambil kira alasan ni untuk pertimbangan samaada layak atau tidak pengecualian

      Delete
  12. Boleh x awak bg contoh surat yg kne tulis sendiri tok pengecualian tu?... ape lg yg nk tulis ye?

    ReplyDelete
  13. Salam nk tnya.. klau nk dpt first class degree kena stip sem dl or xkisah asalkan dpt pointer 3.5 above?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First class degree tu dia combine cgpa kita setiap sem dan setiap universiti berbeza pointer dia. Contohnya UITM mungkin regard 3.5 above sebagai first class tapi universiti lain mungkin letakkan 3.75 sebagai first class.
      Cik kena rujuk balik dengan universiti masing-masing

      Delete
  14. 'Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.' Tumpang tanya, apa ya maksud ayat inii.. Saya petik dari laman web rasmi PTPTN..

    ReplyDelete
  15. 'Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.' Tumpang tanya, apa ya maksud ayat inii.. Saya petik dari laman web rasmi PTPTN..

    ReplyDelete
  16. lepas konvokesyen (dapat official transkrip dan skrol)baru proceed dengan permohonan pengecualian bayaran. sy bru konvo semalam. so by this week dah boleh terus settle permohonan ni. maksud 12 bulan tu start dari tarikh konvo bukan dari tarikh awak tamat belajar.

    ReplyDelete
  17. sis,kalau movo lebih dari stahun dalm 14 bulan cmtu still boleh mohon x sis?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...