Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

25 Mar 2013

Rindu.. Kehilangan Part !

Entah kenapa beberapa memori menggamit ingatanku.
Kisah si anak, ibu dan ayah..
Mungkin ada yang ingin tahu..
Sekiranya bukan anda,mohon untuk tidak meneruskan pembacaan..

Kisah si anak yang mendapat keputusan cemerlang UPSR
di benaknya, hanya sekolah berasrama yang layak untuknya
Angkuhnya si anak.. memandang sekolah harian tidak sesuai untuknya
Tanpa sedar dugaan di sekolah berasrama di usia 13 tahun
Si ibu pula mula membebel..
Dikatakan si anak masih belum matang.
Belum layak berdikari
Namun si ayah tidak menghalang si anak.
Katanya pada si ibu, biarkan dia merasa..

Benar kata si ayah..
Seminggu di asrama, si anak mula homesick
tidak betah dengan suasana asrama dan menangis untuk selalu pulang.
Si ibu terus membebel
Namun sekali lagi si ayah hanya menasihati anaknya..

Kisah hidup si ayah di zaman kecilnya amat perit
Ayah menceritakan di mana dia kehilangan ayahnya sebelum dia sempat membuka mata di dunia
Ibunya pula meninggalkannya di usia masih muda.
Bukan meninggal dunia namun ibunya tidak memeliharanya.
Ayah dengan penuh sedih bercerita
Namun tak siapa tahu kenapa ibunya sanggup tinggalkan anak kecil
Ayah hidup merempat bersama abangnya yang tidak pernah sukakannya
Minum air paip untuk hilangkan dahaga
Pernah digelar"anjing" lantaran kesusahannya..

Si anak mula sedar dirinya beruntung.
Mula sesuaikan diri di asrama..
Makin lama makin selesa
 Alhamdulillah akhirnya si anak berjaya menamatkan zaman persekolahan di sekolah menengah.

Sebagai pelajar sekolah berasrama penuh
Sebagai anak yang lebih berdikari..

Nanti kita sambung lagi kisah si anak, ibu dan ayah

17 Mar 2013

Umrrah

Bestnyaaaa 
Dapat jadi tetamu Allah..





Tapi..



Yang Tak bestnya...





BUKAN SAYA....




yup..
Buat masa ni bukan saya yang terpanggil untuk menjadi tetamu Allah
Tetapi bos saya..

Alhamdulillah syukur sebab dia dapat kesempatan tu
Mudah-mudahan saya jugak akan dapat ke sana nanti..

Sama-sama kita doakan yer..







notakaki: just thinking what should I do when my boss is not around..
Hmmmm its gonna be such a boring day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...