Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

31 Dec 2013

My First Trip Abroad, Acheh..;)


Penghujung tahun 2013..
Ramai yang bertanyakan pencapaian di tahun 2013..
Bagi Wawa, pencapaian terbaik ialah apabila dapat menjejakkan kaki ke Bandar Acheh, Indonesia.

 Sebenarnya ini trip company..
Dah lama dah.. 19 Disember 2013 hingga 22 Disember 2013.
Inilah peristiwa yang paling Wawa takkan lupakan dalam hidup
Sepanjang 4 hari disana,banyak benda yang dapat dipelajari 
Banyak kenangan manis dan ada sikit la pahit..hehe

Memandangkan gambar ni tak dapat disusun mengikut masa,
jadi Wawa akan menceritakan tiap-tiap kejadian di sebalik gambar..
 
Inilah Masjid Raya Baiturrahman...Masjid yang dikatakan tidak musnah walau dilanda arus tsunami pada 26 Disember 2004. Sungguh kagum dengan seni bina dan keindahan masjid ni.. Sekali tengok sama macam seni bina Taj Mahal di India. Menurut cerita, diluar  kawasan masjid merupakan kedai-kedai milik bangsa Cina. Sewaktu kejadian Tsunami, pekedai-pekedai Cina terbabit mendakwa bahawa mereka melihat Masjid Baiturrahman ini diangkat oleh cahaya putih. Kebanyakan mereka kini telah memeluk Islam

I really miss this kid.. Namanya Adawiah..Anak kepada Ustaz Syed dan Kak Za/. Adawiah ni the youngest in this trip tapi dialah yang paling aktif.



Kumpulan lawatan kami. Rindu pada family Cikgu Zul & Kak Maria, Ustaz Syed & Kak Za...:)

Gambar ini diambil di kedai cenderahati sekitar Masjid Baiturrahman

Gambar di Museum Tsunami Acheh. Masuk free je.. Museum ni memang nampak ekslusif


Di PLTD Kapal Apung..


Program Ceramah yang disampaikan Abang Raja untuk mahasiswa Malaysia yang belajar di Universitas Anak Negeri Ar Raniri, Acheh..

Sejuk hati tengok adik-adik ni..

Antara perkataan yang berjaya mencuri tumpuan. Ayam lepaas rasanya bermaksud ayam kampung. Ayam lemaas tak taw plak mcm mana..::P

Bergambar di kawasan kapal yang tersangkut diatas rumah semasa Tsunami 2004. Menurut masyarakat setempat, kapal ini datang dari arah yang tidak diketahui dan telah menyelamatkan 59 nyawa. Antara mereka yang terselamat ialah bayi, orang tua dan mereka yang kurang upaya

Abang Raja berceramah kepada Mahasiswa Malaysia di Acheh

Makan petang. Pulut bakar cicah kuah durian. Murah je.. 1000 rupiah jer satu.. Siap gratis lagi 2..:)

Abg Rustam..My boss personal assistant. Macam orang kanan bos..Dah lama Abang Rustam bekerja dengan Abang Raja. I am sure they are close friend..:)

Me.. bergambar diatas kapal lambat menuju ke Banda Aceh dari Pulau Sabang. Dari Banda Aceh ke Pulau Sabang kami menaiki kapal cepat.. Sejam menuju ke Pulau Sabang. Namun sungguh tidak selesa bagi mereka yang mabuk laut. So, masa balik, kami bertukar ke kapal lambat. 2 jam untuk ke Banda Aceh. Namun, rasa mcam titanic..

Bergambar di Pulau Sabang bersama Iz. Iz merupakan salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Aceh..

Golden Minds Consultant team at Pulau Sabang, Indonesia






Gambar ni di kawasan perkuburan. Sumpah ni gambar candid!!!

Jadi jutawan dalam masa 4 hari.. duit berjuta-juta.. HAHA

Inilah kawasan perkuburan tadi. Jika dilihat, perkuburan ini betul-betul disebelah laut. Ajaibnya, perkuburan ini juga tidak musnah dek arus tsunami. Air terbelah melalui perkuburan ini. Menurut cerita, ini merupakan kubur pemerintah Aceh yang mula-mula menyampaikan ajaran Islam ke Acheh..2 3 orang yang melawat kubur pada waktu itu terselamat dari arus tsunami..



Bergambar di kedai Mr. Piyoh yang betul-betul berhadapan Hotel Medan..Baju-baju Mr.Piyoh memang sangat ekslusif. Harganya sedikit mahal berbanding baju-baju lain.. Tshirt dipanggil Kaus di Aceh

Bergambar bersama Dr.Hadi, pemilik klinik panel syarikat kami di hadapan Masjid Baiturrahim.. Masjid ini juga dikatakan tidak rosak dek arus tsunami

Masjid Raya Baiturrahman


Takkan dilupakan makan ikan bakar yang sangat sedap. Seekor ikan sahaja dapat menghasilkan 4 pinggan dengan harga cuma RM40..

I miss all of them..Family Cikgu Zul & Kak Maria ; Achik, Along, Angah, Aisyah and Ijat.. Family Kak Za & Ustaz Syed: Adawiah and our team: Me, Abang Raja, Abang Rustam, Pijie and Dr.Hadi...

Bergambar menuju ke Pasar Atjeh.. Tak boleh nak bagi komen banyak sangat sebab kami tiba diwaktu Pasar Atjeh nak tutup dah..;(

Kami menaiki beca melihat suasana malam di Acheh.Yang bestnya beca disana pakai motor. So takdelah kita kesian sangat depa nak mengayuh beca macam di Malaysia..


Makanan di Acheh kebanyakannya pedas-pedas.
So, beta yang tak makan pedas ni memang susah sket la.

Namun masyarakatnya sangat baik dan peramah.

I hope i can meet them again..;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...