Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 Nov 2013

Siapa Ahmad Ammar bin Ahmad Azam?

Mulanya saya sendiri tidak mengenali beliau.
Namun saya yakin, beliau merupakan seorang insan hebat.


Ada yang menyatakan Ahmad Ammar mendapat perhatian ramai kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya
Dan berasal dari keluarga yang dikenali.
NAMUN, jika kita lihat dengan lebih mendalam,
bukan isu kekayaan mahupun pangkat dan keturunan keluarga Ahmad Ammar yang cuba ditonjolkan dalam kisah Ahmad Ammar ini..

Ia berkisar bagaimana seorang anak muda,
seawal usia 20 tahun,
telah pergi bertemu Allah S.W,T
dan bagai mana indahnya Allah mencatut perjalanan hidup beliau untuk dijadikan pedoman kepada kita.

Saya tertarik dengan nota tulisan beliau..

"Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini,.. Lalu aku mula berfikir, aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini" (Catatan  dalam buku nota Ammar)

Ammar menulis catatan ini setelah membaca Syair Imam Syafie..

"Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat# Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah"

"Berkelanalah, engkau  akan mendapat pengganti orang yang meninggalkanmu #, Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada kepenat-penatan".

"Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri,# Sekiranya ia mengalir , ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, ia akan tercemar"..

Ammar dijemput Allah pada awal Muharam
Bulan Muharam,  adalah bulan Nabi Yusuf a.s dilepaskan dari penjara
Bulan ini Nabi Ayub a.s disembuhkan dari segala penyakit
Bulan ini Allah menjadikan laut sebagai laluan kepada Nabi Musa..

Beruntunglah Ammar diberikan rezeki oleh Allah untuk berada disisi Allah dan Rasulnya pada Awal Muharam 1435.
Dan Ammar merupakan rakyat Malaysia pertama, diberikan penghormatan untuk disemadikan disebelah  Abu-Ayub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid  yang rumahnya pernah didiami Baginda Rasulullah S.A.W..

Masyaallah,begitu besarnya kurniaan Allah..

Buat mereka yang masih merasakan Ammar bukan sesiapa,
Renunglah diri kita,
Adakah kita juga akan mendapat karamah Allah di penghabisan usia kita?
Di usia kita, berapakah pengorbanan yang telah kita buat untuk agama dan Allah S.W.T?

Doa saya,
Saya tidak pernah mengenali dan berjumpa saudara Ammar semasa hayatnya,
Namun,
Semoga saya berpeluang untuk bertemu Ammar di Syurga kelak..AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...