Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

18 Sep 2013

Polisi menyusahkan rakyat

Hari ni saya tersangat tension
Memikirkan banyak perkara berkaitan hutang, ekonomi dan duit..

Saya nak huraikan satu persatu..

1)PTPTN
Saya mendapat tajaan PTPTN untuk semester pertama hingga ketiga bermula tahun 2009 (tapi PTPTN claim 4 semester). So PTPTN request saya membayar balik pinjaman sebanyak RM 13039.17. Itupun melalui panggilan telefon setelah saya membuat permohonan untuk pengecualian bayaran kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama. Inilah yang diberitahu oleh pegawai PTPTN saya. Tapi bila saya call hotline PTPTN, katanya saya boleh buat pengecualian dan hanya buat bayaran untuk amount yang bertindih iaitu around 3k(bayaran bertindih ini terjadi seingat saya semasa semester 3, PTPTN taja kemudian di akhir sem JPA taja) So semasa pengajian kerajaan umumkan untuk PENGECUALIAN BAYARAN BAGI IJAZAH KELAS PERTAMA. Nampaknya TIPU. saya sudi membayar bayaran amount yang bertindih kerana saya tahu itu bukan hak saya. TAPI SAYA GRAD DENGAN FIRST CLASS. Saya sepatutnya mendapat pengecualian untuk bayaran PTPTN yang ditaja sehingga semester 4(katanya semester 4).Tapi jawapan petugas PTPTN agak mengecewakan, katanya adik tidak sepatutnya menerima penaja lain semasa belajar. SO, ADIK TAK LAYAK UNTUK PENGECUALIAN. Saya nak mintak anda letak diri ditempat saya. Antara BERHUTANG dengan BIASISWA mana yang anda akan pilih. Semestinya BIASISWA. Setelah anda pilih biasiswa JPA baru anda tahu yang first class tak payah bayar. Di semester 4, anda konfirm ke anda akan grad dengan FIRST CLASS??? Buat akak PTPTN, agak2 akak taw tak akak nak mati bila??Oh yer..HOTLINE PTPTN SANGAT SUSAH NAK REACH, TERIMA KASIH!!

Nasihat saya, buat adik-adik atau sesiapa yang berdepan dengan kes pertindihan  penaja.. TAK PAYAH AMBEK PENAJA LAIN..kalau tak dapat first class, bayar je hutang tu..senang. Apa gunanya kalau dapat first class pun still nak kena bayar kan??

or satu inisiatif lagi, JANGAN PINJAM PTPTN. tak payah pening2.pakai duit sendiri je. Tamat nanti belum tentu dapat keje. Tak pinjam,tak payah la nak bayar. Kan???
 
Penyelesaian;Saya kena dapatkan penyata dari BANK ISLAM membuktikan bayaran saya hanya 3 semester and don't ever think about pengecualian.


2) STAR-TALENCORP
Saya punyalah excited masa belajar dulu sbb dapat offer program STAR ni. Rupanya lagi menyulitkan hidup.Scholar under STAR program ni hanya boleh kerja dengan company yang listed dengan TALENTCORP. Saya inform mereka yang saya telah bekerja di syarikat swasta selepas lapor diri tamat belajar. SAYA TIDAK MENDAPAT MANA2 TAWARAN KERJA DARI TALENTCORP MAHUPUN KERAJAAN. Company saya cuba apply dan kami tak dapat listed under Talentcorp. Saya mungkin akan disaman atas dasar melanggar perrjanjian bekerja dengan syarikat yang tidak tersenarai dengan Talentcorp..

The issue now, habis belajar, takkan korang nak goyang kaki kat rumah. Grab jela kerja yang ada. TAPI MALANGNYA, SAYA MASIH LAGI TIDAK DILEPASKAN BOND BIARPUN DAH DEKAT 9 BULAN GRAD.TU BARU GRAD. KALAU HABIS BELAJAR DAH MASUK SETAHUN LIMA BULAN.
 
Saya tanya kawan, katanya saya perlu quit kerja sekarang dan masuk program under STAR. they will pay around RM250 per month and after that baru saya boleh cari kerja. Nampaknya saya sangat merasakan ia betul-betul merugikan. Kenapa perlu lepaskan kerja di saat ekonomi tengah gawat??
 
Penyelesaian: Saya email mereka untuk bertanya status bond saya.Email masih tidak berjawab.

3) SAMBUNG BELAJAR
Saya mendapat banyak offer untuk sambung belajar, 

1) UKM-Master in Antrophology and Sociology (SEP 2013 intake-sudah ditolak)
2) University of Lincoln- Master in Business Administration (Feb 2014 intake-sudah ditolak)
3) Universiti Malaysia Terengganu (FEB2014 intake- universiti sendiri tidak confirm dengan tawaran saya. Saya background polisi tapi mohon untuk  Master Psychology. I was informed to wait until Feb 2014)
4) King's College London- Master in Public Service Policy and Management (SEP 2014 INTAKE..SUPPOSE SEPT 2013 INTAKE)
Saya menunda kemasukan saya atas sebab2 kewangan. KCL mewajibkan saya untuk mengambil IELTS. Kos IELTS ialah RM600

Saya tidak bersedia untuk menyambung lagi pengajian jika melibatkan hutang sebegini banyak..Saya tidak merasakan ibu saya yang hanya ibu tunggal perlu bertanggungjawab untuk hutang-hutang saya.

So, saya pilih untuk menyertai Tenaga Pengajar Muda
Saya mendapat cadangan terbabit dari pihak atasan UITM sendiri.

Malangnya, dihari borang perlu diisi. Fakulti saya tidak menawarkan tempat untuk program TPM bagi Sarjana. Sebabnya kelulusan kewangan tidak diberi.

Penyelesaian: Baik saya kerja dan tak payah fikir pasal belajar.


*Saya tidak teruja meskipun banyak insentif yang kononya digula-gulakan ditawarkan kepada golongan pelajar mahupun usahawan. Kerana term and conditions banyak lagi yang perlu difikirkan. 
 
Penyelesaian: Bukak jer online website. Meskipun tak ramai orang tahu pasal kita dengan modal duit poket sendiri..
 

Wujudkah golongan yang benar2 nak fikirkan kebajikan rakyat marhaen ni?

oh yer.. mungkin dkt negara bukan Islam ni ada belas ihsan pada rakyat..

7 comments:

  1. Assalamualaikum
    Boleh saya tahu, bagaimana status bond biasiswa JPA puan atau cik sekarang? Adakah perlu berkhidmat juga di bawah STAR atau JPA lepaskan bond tersebut?

    Tq

    ReplyDelete
  2. Walm.Sy masih terikat dgn bond jpa

    ReplyDelete
  3. Maksudnya Puan/Cik kena berhenti di tempat kerja lama dan sertai program STAR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nop.i ignore STAR then pursue Master. Jadi JPA tangguh bond hingga habis master.means until now still not serving the bond

      Delete
  4. Assalam cik,

    Cik still dapat ke pengecualian untuk semester 4 tu meskipun telah pergi ke Bank Islam untuk prove kan benda ini. Sebab nya, saya pun mempunyai masalah yang sama sekarang. Saya bayar bukan hak saya. Alasan yg sama, BERTINDIH TAJAAN

    ReplyDelete
  5. same situation. rasa macam useless gila struggle untuk dapatkan 1st class. PiTiPiTIPU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...