Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

12 Sep 2013

Idea Bisnes Mencurah-Curah....

Pernah tak korang rasa macam idea mai mencurah-curah
tapi korang tak taw nak mula dari mana??

Pernah tak??pernah tak??

Umpamanya macam ni hah...

Uiks memang tak boleh nak tido bila time idea nih datang..
Meh kita listkan...

* Plan nak bukak kedai makan yang sangat simple dengan konsep family..Pinjam projektor dengan bos, pasang cerita2 blockbuster or bola.Sorang masuk gua cas RM5 dan keatas. Ok lah tu RM5. Siap dengan kome boleh makan je apa yang ada atas meja berapa kali kome nak...Menunya..makanan yang berbaloi dengan RM5 korang.. Siap tengok movie free lagi ko..
Hmm untuk props, memandangkan gua ni takde bajet, so ingat nak mintak kotak then jadikan kotak ni meja. Mudahla sket org mai nak makan. Ala makan stail Jepun je..Kata family.. Duduk simple2 sudah.. Tak gitu..

Olololo kiutnya makan atas meja jepun..Sesambil nak tengok wayang je pun..

* Plan nak bukak bundle kat rumah ni. Memandangkan belambak la baju adik-adik dan mama dan rasanya yang arwah papa dan nenek pun ada lagi. Apa kata kita jualkan sume. Memang niat asal nak sedekah, tapi susah sangat sbb my mum tu jenis sayang sume benda. So apa kata kita jualkan..
Murah2 je.Start RM1 to RM20..Ok What..Kata bundle.

Rasanya baju budak2 tu lebih banyak dari ni..

*Saya jugak plan nak bukak kedai jual makanan ringan seperti keropok lekor, goreng pisang. and ice blend untuk budak-budak 
 
Beginilah gamaknya rupa bentuk kedai tu..

*Hmm pastu nk bukak servis untuk budak2 poli ni beli tiket bas. Jadi agen tiket bas ok jugak kan?

*Nak promosikan barangan Sanza Shop.Oh yang ni memang idea gila.. Siap termimpi-mimpi. Nak buat iklan berbentuk video and photoshoot utk produk seperti perfume and tshirt tu. Gila la sape jadi model aku.Buli cukup-cukup.HAHAHAHAHA (gelak setaN)

Perghhh gempak la kalau iklan sampai mcm ni.,Perfume AAA je..

Agak-agak mampu ke nak buat semua ni??


nota kaki: Masa makin singkat. Next year maybe fly dah. So plan ni ada legasi tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...