Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

15 Sep 2013

Hadiah Hari Jadi Orked

Saya terbaca kisah ni di facebook..
Saya amat kagum sehinggakan rasa nak menitis air mata membaca kisah ni..

Anda semua bacalah dulu kisah insan hebat bernama Orked ni...





Ayah dan Ibu adik Orked ni sebenarnya kaya..
Ayahnya seorang usahawan
Ibunya seorang pensyarah
tapi sejak kecil lagi, adik Orked diasuh dengan serba kekurangan
Adik Orked di besarkan dibawah jagaan Rumah Anak-Anak Yatim Prihatin di siang hari dan hanya pulang di malam hari.

Kalau nak diikutkan, ayah dan ibu adik Orked ni mampu  sangat untuk bawak anaknya ke Disneyland tiap-tiap tahun
Mampu belikan berpuluh-puluh patung Barbie Doll untuk anak mereka sebagaimana anak-anak perempuan yang lain diusia adik Orked
Tapi, didikan mereka berbeza..
Adik Orked membesar bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik
Pakai baju pemberian dari kotak-kotak orang
Memang perit didengar, tapi alhamdulillah ayah dan ibu adik Orked telah melihat hasil yang memberangsangkan...


 Rasa sungguh terharu
Betapa adik kecil berusia 5 tahun ni pun mampu untuk berfikir dan memahami kesusahan orang lain
Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini 

Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...