Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

7 Jul 2013

Semoga Lebih Tabah Sahabatku, Adlyia Yusof


Kalau dulu Wawa pernah bercerita mengenai kisah cinta Adlyia & Firdaus.

Check link ni

But now, we must accept that..
Hanya Allah sebaik-baik perancang.

Pada 2 Julai 2013 yang lalu,
Sahabat saya,
Firdaus Shani telah pergi menghadap ilahi..

Pemergian yang sungguh tak diduga.
Tidak dijangka.

Menurut cerita dari keluarga Firdaus,
pada 2 Julai 2013, Firdaus ke gym
Dia ada msj Adlyia pada jam 3 petang
Then balik rumah, dia minta panadol sbb pening dan terus tido
Dalam maghrib, Firdaus sedar dan mengadu sesak nafas
Dia terjatuh bila bangun dari katil dan masa itulah beliau pergi buat selamanya..
Adlyia menghubungi beliau dalam jam 8 malam dan time itu Firdaus sudah tiada
Dan Wawa mendapat khabar ini dalam jam 3 pagi

Sesungguhnya Firdaus telah pergi
Namun beliau tidak pernah hilang di hati kami
Wawa sendiri pernah bertemu dan bercakap dengan beliau semasa hayatnya dan beliau merupakan seorang sahabat dan kekasih yang amat baik
Firdaus anak harapan keluarga,
Beliau cucu sulung dan dianggap pengganti kepada arwah ayahnya yang meninggal semasa beliau masih di sekolah rendah
Firdaus telah disemadikan bersama dengan ayahnya di kubur di Pokok Sena


Kita yang hidup perlu meneruskan hidup
Kerana suatu hari nanti, kita juga akan pergi bersama Firdaus
Pergi menghadap Pencipta kita.


Buat Sahabat Adlyia Yusof
Banyakkan bersabar
Kita hanya mampu merancang
Allah penentu segalanya
Percayalah,, hanya mereka yang terpilih sahaja yang menerima ujian hebat sebegini
Dan Allah akan berikan ganjaran yang lebih besar buat mereka yang redha dan tabah
Usia berbelas tahun hubungan dan beliau pergi dalam sekelip mata sememangnya amat berat untuk kita lupakan dia
Teruslah kenang dia sebagai orang yang pernah membahagiakan kamu

Takziah buat Adlyia dan keluarga Firdaus
Mohon mereka yang membaca entry ini untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh beliau. Sekiranya arwah ada berhutang atau berjanji apa-apa yang ingin dituntut, mohon untuk hubungi saya dan insyaallah saya akan sampaikan kepada keluarga beliau.
Semoga ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman


Bersediakah kita untuk menghadapi kematian?
Sesungguhnya Allah tidak menunggu saat kita bersedia
Kematian itu pasti, tidak terlambat walau sesaat dan terlewat walau sesaat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...