Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

25 Jul 2013

Perubatan Islam yang sebenar




Apabila kita dilanda sakit seperti batuk darah berpanjangan, penat, berat2 bahu
dan bila ke hospital,
doktot cakap tiada apa yang mencurigakan
Konfirm...

Kita mesti fikir yang kita disihir..dikenakan orang..kena kacau makluk halus..

Mula lah kita ke perubatan Islam/bomoh/dukun dan lain-lain..


Terpulang kepada kepercayaan masing-masing

Tapi kenapa jarang antara kita yang terus menganggap sakit itu kifarah dosa
Cubaan Allah untuk kita atas segala dosa-dosa kita untuk menyedarkan kita dan menguji kita
.
Percayalah

Perubatan Islam yang sebenar, 
Mementingkan persaudaraan dalam Islam

Jika dengan berubat, Ustaz/bomoh tu menyebut nama mereka yang membuat kan kita sakit,
Ustaz/bomoh terbabit masih belum sampai ke tahap perubatan Islam sebenar

Ini kerana, dengan mereka memberitahu siapa yang mengenakan kita, 
ini akan menimbulkan rasa tak puas hati, dendam , dengki 

Dan inilah yang akan memecah belahkan umat Muhammad

Masyaallah....

Mohon dijauhkan
Sebaiknya, Perubatan Islam yang sebenar ialah apabila kita sakit
kita ke Ustaz, ustaz terbabit menasihatkan kita
Sakit ini kifarah dosa
Allah ingin menguji kamu
Kita berusaha untuk sembuhkan dan Allahlah penyembuh segalanya..
Percayalah, tiada apa yang akan berlaku kepada kamu tanpa izin Allah

TANPA MENYEBUT NAMA MEREKA YG MENDAJALKAN KITA..


Seeloknya, kita sendiri yang berdoa dan memohon kesembuhan kepada Allah
Bukan bermaksud tidak mahu menggunakan khidmat bomoh/ustaz ini kerana kita lebih hebat
tapi untuk mengelakkan kita taksub mahupun terlalu mempercayai kata-kata mereka 
dan ingatlah.....

Mempercayai sesuatu selain Allah itu SYIRIK...

Saya yakin,
inilah dugaan Allah untuk saya
Ini qodo dan qadar Allah untuk saya
Saya maafkan sesiapa sahaja yang menggunakan cara yang tidak elok untuk mengenakan saya
Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya saya melukakan hati sesiapa tanpa saya sedari
Saya insan biasa yang tidak mengetahui rahsia Allah

Allah yang mengetahui segalanya

Saya redha atas cubaannya dan serahkan semuanya ditangan Allah

Saya yakin, jodoh, ajal maut,pertemuan dan perpisahan,
Semuanya Allah telah rancangkan yang terbaik untuk kita

Anggaplah setiap cubaan hari ini sebagai latihan Allah berikan  kepada kita untuk menjadikan kita insan yang sangat hebat di masa hadapan. Insyaallah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...