Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

27 Jun 2013

Master in Public Services Policy and Management at King's College London

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Itu sahaja ungkapan yang mampu saya ucapkan dengan kurniaan besar dari Allah s.w.t

Saya ada terdengar yang King's College London merupakan universiti ke-26 terbaik di dunia dan syarat kemasukan sangatlah ketat.

Saya hanya mencuba nasib di awal Jun 2013 dan sungguh tidak diduga di akhir Jun 2013, saya telah mendapat jawapan...

Tidak lupa saya untuk ucapkan terima kasih kepada mereka2 yang banyak memberi kritikan dan semangat kepada saya..

saya bertemu dua insan hebat ini semasa saya sibuk mencari sponsor apabila saya mendapat tawaran untuk mengadakan latihan praktikal di Milan, Italy.

Saya redha saya tiada rezeki untuk ke bumi Itali..

Mereka banyak memberi semangat untuk saya terus berjuang bagi membuktikan..

*Wanita..
*Dari keluarga yang susah dan tiada ayah
*Anok Kelate..;)

Juga boleh terus berjaya...

Alhamdulillah..

Terima kasih buat Dato' Sri Mustapa yang membakar semangat saya sebagai anak kelantan..
Juga buat ayahanda Dato' Sahol  yang memberi dorongan bahawa anak orang miskin juga boleh berjaya.
Saya masih ingat kata-kata Ayahanda untuk terus berbakti kepada ibu

nota: Saya masih dalam proses mencari sponsor memandangkan saya baru mendapat surat tawaran dari King's College London. Saya amat mengalu-alukan sebarang nasihat dan cadangan dari anda semua ke email saya Zulianazulkifli@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...