Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

8 May 2013

Aura Tok Guru

Ini cerita benar dan tiada unsur penipuan di dalamnya..

Kisah mengenai pengalaman yang dialami oleh Wawa sendiri dengan Tok Guru..
Siapa lagi kalau bukan 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..
Mantan Menteri Besar Kelantan..


Wawa maish ingat masa tu Wawa masih budak kecil.
Umur dalam lingkungan 13 tahun
Teman adik dan sepupu dari Sekolah Rendah Pulai Chondong
Team mereka dijemput untuk buat senaman di Istana Kubang Kerian..
Sempena sambutan Hari Lahir Sultan Kelantan (time tu Sultan Ismail Petra merupakan Sultan Kelantan)
Dalam menunggu orang kenamaan di khemah untuk mereka yang hadir..
TIBA-TIBA BULU ROMA MEREMANG.
MACAM ADA SESUATU YANG MELINTASI.
TIME TU WAWA MELIHAT ADA SEKUMPULAN POLIS PERONDA SEDANG ESCOT KERETA PERDANA WARNA HITAM..

WAWA YAKIN ORANG DALAM KERETA TERBABIT ADA AURA TERBABIT
ADA BAU WANGI SEMERBAK SEMASA KERETA TERBABIT MELINTAS.
DAN AKHIRNYA KELUARLAH SEORANG INSAN HEBAT
INSAN YANG TERKENAL SEBAGAI ULAMA...

TAK LAIN TAK BUKAN... TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT..

Setelah lama perkara ni berlaku, 
Wawa mendapat tawaran untuk ke Milan Itali..
Wawa menjejakkan kaki ke SUK Kelantan untuk mendapat tajaan
Namun Wawa ditawarkan untuk menjalani praktikal di Pejabat Timbalan Menteri Besar yang dikenali dengan nama USTAZ MAT...
Sangat gembira sebab nak jumpa TOK GURU..

Namun,Wawa tak pernah jumpa beliau sepanjang berpraktikal disana.
Mungkin kerana pejabat beliau tidak satu aras dengan pejabat Wawa.
namun,Wawa alami satu lagi peristiwa yang sama..
Hanya 1 hari sepanjang berpraktikal disana.

Time tu Wawa sedang berjalan menuju ke tangga berdekatan Pejabat Tok Guru. untuk kepejabat Wawa di tingkat atas.
Sekali lagi bulu roma meremang dan bau wangi semerbak itu datang..
Dari jauh, Wawa nampak sekumpulan lelaki dan yang paling hadapan ialah..

SEORANG TUA YANG BERJUBAH PUTIH, 
BERTONGKAT DAN BERKOPIAH PUTIH..
TAK LAIN TAK BUKAN,...SEKALI LAGI DIA MERUPAKAN TOK GURU KESAYANGAN

Selamat berehat Tok Guru.. Jasa Tok Guru ambo kenang sepanjang hayat ambo.,

Post ini bukan untuk memuja tok guru..
Namun untuk berkongsi keyakinan Wawa sendiri..
Tok Guru bukan manusia biasa
Wawa yakin, kehadiran beliau ialah untuk memberi sesuatu kepada kita..

Dan Alhamdulillah..
23 tahun beliau berkhidmat  untuk Kelantan..
Sama dengan usia Wawa..
Wawa bangga dibesarkan dibawah pemerintahan beliau
Pemerintahan yang sama dengan zaman dakwah nabi..
10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah..

Tok Guru di gelar nyanyuk..
Tapi beliau berjaya hafal Al-Quran.
Kita yang muda ni macam mana? 
Hafal Al-Quran??
Tak malukah dengan orang nyanyuk tu?

Tok Guru di gelar gila kuasa.
Walhal beliau malu dengan Baginda Rasulullah yang berdakwah hingga wafat
Sekarang, berpuas hatilah.
Tok Guru dah melepaskan tampuk kepimpinan Kelantan..
Orang gila kuasa yang dimaksudkan rupanya tidak gila kuasa.

Masyaallah..

Lihatla video ini sejenak
Sebagai tanda penghargaan 


 Tak malukah kita manusia yang tak ada apa-apa ni nak menghina ulama?
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...