Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

3 Jan 2013

Susah ke nak nikah???


I got lot of feedback from my friends, especially lelaki yg kata
susah nya nak kawen sbb perlu bajet besar.hmmmm besar
 ke??
Personally, Wawa rasa perkahwinan cara Islam takde pun 
pakai  modal besar. Ni sedikit info Wawa nak kongsikan
melalui pembacaan majalah Solusi Isu 51 berkaitan 
"Izinkan anak  berkahwin muda"..


Apa logiknya kahwin muda?
1) Tuntutan agama dan sunnah Rasulullah..
" Wahai Ali, terdapat 3 perkara jangan dilewat-lewatkan:
(menunaikan solat apabila tiba waktu), menguruskan
jenazah dan mengahwinkan anak dara apabila bertemu
sekufunya" Riwayat Al-Tirmizi
2) Mengelakkan zina dan fitnah
3)Terpelihara maruah dan keturunan
4) Lebih bertanggungjawab

Namun, ibu bapa khususnya masih tidak boleh menerima
alasan kahwin muda anak2 mereka. Antaranya kerana:
1)  Penetapan syarat ibu bapa utk mempunyai 3 kunci (ada kenderaan, bekerja tetap, memiliki rumah). Ini mengakibatkan anak-anak stress dan terpaksa berbohong
kepada ibu bapa. Anak makin sukar untuk berkongsi masalah dan berbuat perkara tidak elok di belakang ibuapa mereka.B
Sayidina Umar ada menyebut " Kahwinkan anak-anak kamu
 apabila mereka telah baligh. Janganlah kamu menanggung
dosa mereka"
Ibu bapa semestinya berfikir yang anak mereka tidak akan 
sanggup menconteng arang ke muka mereka. Namun ibu
bapa seharusnya lebih peka kerana mereka juga pernah 
melalui zaman terbabit.
Bercinta merupakan fitrah manusia dan di peringkat usia 
sebegini dan keadaan masa kini, tiada apa yang mustahil
boleh berlaku.
2) Kos perkahwinan yang tinggi. Disini, Wawa berminat
untuk berkongsi fakta terbabit:-

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi:

Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Naia 
Zahari Photography dan Artmosphere Photography
 mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don DaniyaL
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis 
dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu
 bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan 
berbentuk bunga/tumbuan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia
berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat
Husna menjadi orang lain dengan bermakup teball ataumemakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki 
dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua
 pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaznmemegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut
 nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya 
untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk
 makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan 
seluruh family ketika memBuka hantaran. Tujuan ini juga 
adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-
Quran/kitab diletak sama level dengan 

hantaran kasut, baju dan lain-lain.

# tak perlu berhabis berpuluh ribu,makup tebal2..yang
 penting berkat dari Allah...itu yg plg penting kan??#









3) Bimbang anak hidup susah. Ibu bapa harus ingat. Allah berfirman.

"Dan kahwinkan orang bujang antara kamu dan orang yang layak berkahwin daripada hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurniaan-Nya. Allah maha luas (pemberiannya) dan maha mengetahui"


4) Anak masih dlm tempoh pengajian.

Sebenarnya perkahwinan di alam pengajian menjadikan anak-anak lebih matang. Banyak bukti yang anak yang telah berkahwin mampu mencapai prestasi yang baik dlm pelajara. Bagi lelaki, fikiran tidak merewang ke perempuan lain dan perempuan, ini menjadikan mereka tabah sekiranya mereka bergelar seorang ibu kelak. Bagi ibu bapa, bantulah anak-anak jika kekurangan wang dan anggaplah ia sedekah. 


Saya yakin, tidak ada buruknya dengan apa yang Allah syariatkan. Persepsi masyarakat yang amat mementingkan duniawi dan adat menjadikan banyak kes-kes anak luar nikah meningkat.

Kepada ibu bapa, anda pilihla.. sama ada menginginkan perkahwinan anak luar nikah yang tidak jelas keturunannya terjadi ataupun lahirnya anak-anak yang dikenali siapa bapanya...siapa keturunannya..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...