Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

28 May 2012

Family Family Family

Korang taw tak ape hadiah yang paling berharga Allah beri dekat kita??
Semestinya..Kasih Sayang Keluarga
Alhamdulillah..I feel so lucky for this love..

26-27hb Family Wawa datang beramai2 ke Kedah dan Pulau Pinang 
Tujuannya utk meraikan majlis perkahwinan sepupu Wawa, Angah...
Sangat2 meriah dan kecoh..
Bayangkan konvoi sampai 9 bijik kereta dan mcm2 berlaku..
I really miss this moment..

my big family..ni pun ada lg x x masuk..hehe..

Family "S"..Thanks Mama for buying us all these cloth..;)

Ni Family Ayah Ngah bersama perngantin, Angah...
Dari Kiri : Kak Ila, Ciksu,Ziara, Elin, Cik Yah and Musadiq, Angah, Ayah Ngah, Kak Dani, Abe Zam ( x napok muko plop doh)

Dari Kiri: EMy, Wawa, Ciksu, Ira and ELin...gambar depan apartment yg kami sewa..Ancasa  dekat KOMTAR..

Pengantin ni sawan..tikam ahli rombongan..;P
Syafiq, Azri and Angah


Inilah abe chik kito..Ahmad..kesian dia..jalan jauh2 tp sakit perut..

Pemandangan dari feri di Pulau Pinang

Mama with her DCA..sblm DCA kena gores..haishhh..terkilan sungguh


Rombongan family yang paling besar..Family Mak Long



Kalau budak 2 orang ni baik ngan Mama, tentu nk bodek something 
This is my family with Angah..

Supermans diatas feri...
Wawa,Anis,Apit,Azri,Elin and Emy

Bergambar selepas majlis akad nikah angah..

Inilah famili teh saya..
Depan:Long,Anis,Akhirul and Apit
Blakang: Ira, Ayah Teh,Angah, Teh and Emy



Dear Angah..
Selamat Pengantin BAru...
Moga Bahagia ke akhir hayat.
Moga dapat baby comel2..
harapnya x ikut kaler kulit mu..:P
I miss u so much.
Teringat plak kenangan zaman kecik2..
Main2 sama2 tgk2 skrg angah dah kawen
cptnya masa berlalu..huhuhu
Jadi suami yang baik k my kazen..;)





23 May 2012

Kelakuan Liar Di Hari Lahir Juhaiza

Hari ni 23/5 merupakan hari lahir Kak Jue classmate and neighbour Wawa..
Kami satu sekelas at first bercadang nak prank kak Jue dengan surprise besday party.
tp last2 kami yang di prank..hohhoho
tak kisah la..
Yang pasti..we enjoy the days.,

Apasal tajuk entry teruk benor?
Sebab memang kelakuan liar banyak berlaku (uiks ala2 18sx entry plak)
Adik2 bawah umur jangan berkelakuan sebegini taw..
Beginilah gelagat kami 


Upacara memotong kek oleh besday gurl

Abaikan gadis tudung purple nih

Taik lalat versi besday..rotatekan kepala anda

Penderaan terhadap besday gurl



Tetiba ter"bunting" plak


Ibu2 mithali

Budak ni kalau makan kenyang ginilah gayanya...

Animal lover..ops..sape ntah...;P

Acara melompat 

tu diaaaaaa..

Yang ni lagi gempak

Serangan Incredible Hulk..


Inikah yang dinamakan Chicken Dance..hoho,,

Gossip girl...;P



Really having fun with all my classmates..
I will miss you guys...Seriouslyy...


Happy 23th Birthday to Juhaiza Jusoh..

May Allah Bless You Always Jue..:P

Hot items

Assalamualaikum readers sekalian..
Kali ni  Wawa nak jadi usahawan berjaya nih..
meh tolong Wawa menjayakan bisnes nih..Hehehe

JEng..jeng..jeng

Actually memandangkan Wawa dan rakan-rakan dah semester akhir,
Kami pemilik rumah sewa 35c Taman Lembah Bujang, Bedong Kedah
nak jual barang2 kami..
Jenuhla kan nak mengangkut semua barang2 ni bawak balik kampung..
Nak2 Wawa dok Kelantan..

So Kami nak jual murah2 je..

Betul2 murah..kira berbaloi la..

Tak caya???
Usha sendirik..


Anything korang boleh contact Wawa direct..utk barang2 yang tak dijual skrg, korang boleh pre-order dulu..

Sebarang pertanyaan or nak tgk sendiri barang tu pun boleh call or msj kami anything (msj is more proper kot..takut x smpt nak jawap call..dun forget to include ur name plak...)


19 May 2012

1st Colloquium dan Service Management Test

Rutin harian pelajar semester akhir saya semakin sibuk..
Hari ini berlangsungnya 1st Colloquium anjuran kelab Bachelor Admin Science Club
Bagi mereka yang tak tahu, colloquium tu ape..
meh nak cerita sket
Maksud colloquium tu lebih kurang macam academic seminar..
Presenters akan present paper diorang untuk dikongsikan kepada pelajar2..
Bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada group Wawa untuk menjadi presenter pertama.
Maklumlah..presenter pertama ni dapat fokus lebih dari lecturers dan hadirin
Sememangnya bersyukur sangat td sebab Wawa dapat nasihat dan komen2 membina dari pensyarah2 yang hadir..Terima kasih Madam Zauyah, Miss Yanti, Madam Zafifa, Sir Helmi, Madam Fazlina and Miss Zarina..;)



Sibuk buat preparation sblm present..

My research partner,  Kecik...(wat2 senyum walhal "butterfly in my stomach")


our group during presentation


Alhamdulillah Colloquium berjalan dengan baik..terima kasih jawatankuasa penganjur dan pensyarah2 yang memberikan sokongan kepada kami.Sememangnya ini akan menjadi pengalaman berharga buat kami pelajar semester akhir.


Dalam dok kalut present paper,
Next week 20th May onwards..melambak2 test menunggu giliran..
Doakan Wawa untuk test Service Management pagi esok..

Jom2 kita study..




15 May 2012

Research oh Research

Korang taw tak jadi pelajar semester akhir ni memang banyak cabaran
Kalau tgk jadual kelas memang happy la sangat
Tapi sibuknya masya-allah
tension jika dipikir2 balik
Paling sakit paper nih

RESEARCH METHODOLOGY

perahlah otak and keringat korang habis2 untuk skor paper nih
Nak siapkan 5 chapter tu memang jenuh..
haishh
sabor jela

Wawa merapu ape ntah..
Sebenarnya dah stresssssss menggila
alhamdulillah takde dugaan sangat utk chapter 1-3
 namun cabaran terbesar nak cari respondent

macam2 organisasi kami pilih
dari medical background university, cikgu sekolah menengah dan sekarang pekerja kilang
memang still tak settle2

target responden sampai 100 orang
nak dptkan figure tu punyalah susah
kan best kalau bleh suruh depa click ni je


Canggih tak?
haishh boleh tak saya nak guna teknologi nih?
nak jimat duit

tu tak termasuk ag tekanan2 dari paper2 lain
masalah2 kewangan, group,cinta, family sume lain cite..

SO BERSEDIAKAH ANDA???

k bye..tension..


nota kaki: Allah memang suka uji orang yang dia sayang..Sabar ek Wawa..Allah sayang tu..



13 May 2012

Test PTD M41

Reader2 pernah tak join exam utk PTD M41 nih?
To those yang pernah konpem paham kan..
to those yang tak taw..meh nak habaq mai..

test tu sangat2 mencabar ok..
korang akan berpeluh2 dalam dewan exam tuh..
dia ada 5 seksyen dan yang paling mencabar 2 seksyen pertama iaitu seksyen A dan B

Saat ni..korang akan rasa, berapa banyak buku pun korang baca, 
still korang xleh nak agak seksyen A tuh
seksyen B plak...pastikan otak korang jadi kalkulator..

seksyen B melibatkan soalan matematik yg berpuluh ribu punya angka,
no calculator, and tak boleh conteng kertas soalan..kertas conteng tak disediakan
so, memang terbaik..
memandangkan Wawa nih dah biasa break the rule, so habis kertas soalan tuh kena conteng..
tp still gak main tembak-menembak masa jawap.haiishh


To those yang bakal ambek or nak ambik..Chaiyok korang..

Tolong doakan Wawa..insyaallah la..kalau ada rezeki dapat..kalau tak dapat pun takpe..
Pengalaman amat berharga..



8 May 2012

Strategic Management

Malam ni jam 8 kami bakal bertempur dengan paper strategic management

Semuanya ada 7 chapter yang bakal masuk test

disebabkan kemalasan melanda..

Wawa baca 6 je..

Ok la tu kan..;P



~doakan Wawa test malam ni~

7 May 2012

Selamat Tinggal Opah

Baru semalam Wawa update meminta reader2 sekalian mendoakan kesihatan opah..
namun hari ni, opah telah pergi buat selama-lamanya..
abah give me a message around 4 am to inform about this..

Frankly speaking,
sangat-sangat sedih..
Wawa berniat untuk jumpa dan melawat opah 9hb nanti..
tak sangka awal sangat opah pergi..
tak sempat nak jenguk opah..
paling tak pun cium tangan opah buat kali terakhir..

tiap yang hidup pasti akan menemui mati
itulah lumrah alam
kita kena merelakan pemergiannya
Mudah-mudahan, rohnya sentiasa dicucuri rahmat..
insyaallah, kita akan berjumpa lagi di akhirat kelak.

Moga opah bahagia di alam sana..
Maaf sebab tidak dapat bersama opah disaat-saat akhir opah..

"Ya Allah, kau ampunilah segala dosa opah"



~doakan Wawa untuk test strategic management malam esok~

6 May 2012

Tolong doakan opah saya

saya mohon doa rakan2 sekalian
tolong doakan kesejahteraan untuk kesihatan Opah saya..
Opah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas
Sekarang Opah bergantung pada "life machine"

Ya Allah moga Opah kembali sembuh seperti sediakala..





~nak balik jumpa Opah di Klang....Moga sempat berjumpa Opah..:(

My family my soul

I miss my family....
I love them so much....


Ni gambar masa besday kami (Wawa dan Azri)
Dari kiri belakang: Mak long and Ahmad
Depan: Azri, Wawa and Mama


Azri nak bodek mama je..

mama dengan teh..adik beradik sehati berdansa

Me with Ira (anak2 adik beradik sehati berdansa)

Keluarga saya...

I miss u so much Papa

Ni mak long saya..masakan mak long saya sangat sedap..

My picture with the person that i love most....







How I miss you guys....


Nak balik!!!!!!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...