Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

27 Mar 2012

Pemeluk Setia....

Anda sunyi????

Rindukan seseorang??

Takut nak tido sorang2??

tiada sesape nak dipeluk malam2??

Kami ada jalan penyelesaiannya...

Memperkenalkan...


MR/ MRS PEMELUK SETIA..

ciri-ciri
*comel gila weh..
*gebu
*macam2 kaler
*macam2 saiz
*lembut
*wangi (selagi korang rajin basuh kesan air liur basi korang)


saya taw kaler saya unik..don't hate me coz i'm beautiful..

cik kitty dah ada...anda bila lagi??


Sila usha...
Harga negotiable..

http://sietononlineshopping.blogspot.com/
atau pun tengok je fb..



Percayalah..
Mr/Mrs Teddy will never let u down..


note: bestnya kalau ada yang hadiahkan teddy bear besar gedabak nih...aishh besday dah dekat nih

21 Mar 2012

Ber-Jirankan Setan

Cewah tajuk entry dah mengalahkan Metro.hoho
Hiperbola melebih..
Sebenarnya tak dak la teruk mana pun..

Post ni nak bercerita pasal ape Wawa alami semalam.
Korang nak dengar tak cerita setan-setan ni?
hahahaa..awas..yang pasti ini bukan cerita hantu..

Di sebabkan gedik lama tak lepak umah kawan.
dalam pukul 12 malam Wawa pi tido umah kawan Wawa
sampai2 je depan pintu,kami disambut dengan suara aneh di pagi hari (pagi la dah masuk 12 tgh malam keatas)
Suara orang melalak bagai nak gila..
suara tu datangnya selang sebuah rumah dari umah kawan Wawa tu..
Tapi punya lah kuat minah tu gaduh (i guess with his boyfie by phone call)
dengaq sebijik2 kot.macam2 kata indah kami dengaq..
babi,bengong,gemuk,merayu..ops my blog xleh mencarut2..;P
Nak gelak pun ada..

Wawa ni jenis yang malas nak ambek taw hal orang
So wat bodoh la..
tapi suara minah tu sampai pukul 3 pagi tak habis ag..haishh.. tekanan weh tekanan..

Ni antara plan2 gila yang Wawa ngan kawan rasa nak buat..
1)dengan muka kononnya baru bgn tido,pi ketuk pintu umah minah tu dan buat-buat tanya
"maaf ada org masuk antu ka?'
2)pi ketuk umah dia dengan pakai kain telekung semayang,cakap..
"dik,akak nak tahajud.jom join skali"
3)lempaq botol kaca depan umah tanda protes
4)jerit kuat-kuat "woiiiiiiii,x reti bahasa ke org nk tido memalam ni"
5)ketuk pintu umah, terus cakap.."weh,hang clash jela..org lain pun ada jantan gak,tp x meroyan cam hang"

hhahaha plan-plan gila ni hanya plan semata-mata
tak kesampaian untuk dilaksanakan..
disini Wawa nak NASIHAT sikit kat budak2 yang bercinta ni..
Maklumlah, standard ar..cheq pun pernah ja bercinta..

1)kalau lelaki tu slalu dok buat hang nangis,gaduh2 mcm org sawan..percayalah..korang takkan tahan lama..lupakan jela dia..baik hang xyah kapel..tak dak nak sakit ati..
2)org yg btul2 cintakan kita takkan sampai ati buat kita menangis..
3)CiNTA TU MEMANG MEMERLUKAN PENGORBANAN..TAPI DARI HARI2 DOK BERENDAM AIR MATA..BAIK PI BERENDAM KAT AIR TERJUN..
ape tgk2..jeles tgk aku berendam?


note:dekat umah sewa Wawa pun ada gak jiran yg suka main gerudi malam2..hishh sabo jela..
"kami memang lena sangat tido dengan bunyi gerudi pakcik.rasa nak gerudi kepala pakcik"

hehe DCA 5846..dah sampai..(ops lari topik..percayalah ini memang takde kaitan dengan kisah jiran setan)

16 Mar 2012

Berbezanya kita....

Lelaki dan wanita sebenarnya berbeza..

cuba tgk ni..






Sape setuju?????




13 Mar 2012

Why People are Judgmental

Pelbagai isu berlaku,
dan kebanyakannya Wawa perhatikan...

PEOPLE ARE JUDGMENTAL..

dalam erti kata lain.
Suka nak menuduh orang membabi buta..
Suka fikir negetif dekat orang
Suka buat kesimpulan tanpa usul periksa
Menerima sesuatu perkara bulat-bulat..


Come on people...
cukup2 la jadi judgmental ni..
tak ada baiknya..

melalui post ni,
Wawa nak kongsikan satu isu hangat, sensasi.. dan meletops gitu dekat youtube..
Konpem korang pun aware pasal benda ni.. 
Isu ni menunjukkan betapa rakyat kita ni suka sangat jadi HAKIM
Mengutuk orang,mencaci orang (kononnya diri sendiri tu sempurna sangat)
Takde salah silap langsung..Siap boleh tuduh orang lain masuk neraka ko..(macam la ko pasti masuk syurga)

TAJUK:TINGGAL IBU LUMPUH DI HOTEL


Mesti anda aware kan video ni.
Cuba baca komen-komen..
Banyaknya mereka-meraka yang berprasangka negetif..
Wawa ada jugak komen untuk video ni..
Seperti biasa, Wawa jugak turut dihentam..

  • i guess something happen kat anak dia..kalau tak knp dia pi jugak bayar sewa yang 2 hari tu..kalau btol2 dia nak tinggalkan mak dia, tentu x bayar langsung..pengurus hotel cakap call masuk tp x angkat..maybe hp dia hilang, dicuri or jatuh kat mana2..sentiasalah bersangka baik.saya doakan moga makcik dapat bertemu anak makcik,,,tp kalau btl anak makcik tinggalkan makcik..insaflah wahai anak muda,,SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU..
  • @zulianazulkifli kenapa perlu letak kat hotel??anak dia tu duk tidur bawah jambatan ke apa???takde rumah sendiri???
  • @Cr4sh2007 banyak je orang yang tak mampu miliki rumah sendiri dan hidup melarat kat malaysia ni.mungkin anak dia salah seorang darinya.kalau btol2 dia nak buang, takkan bwak dari johor utk tinggal di hotel. dia siap cuba bayar hotel tu. sbb itulah saya merasakan sesuatu terjadi..daripada kita semua duduk mencaci menghina..apa salahnya kita berdoa agar Allah melindungi dan merahmati mereka.Doa itu senjata orang mukmin.
  • @zulianazulkifli tak logik..kenapa nak bawak pi jauh2.? klw tak mampu..kenapa bawak pi hotel??kenapa tak tinggalkan kat umah org tua2??? sbb tak sanggup org kata dia tinggalkan mak sendiri ke?? xpn taknak mak dia tau yg dia mmg berniat nak tinggalkan mak dia ke??? dr segi logik akal..mmg sengaja nk tinggal.kan tokey tu cakap..dia call pastu cakap 'okok' ..klw betul amik berat kenapa tak tnya kabar kat tokey hotel tu???
  • @missrnbtisha mungkin dia tak bawak pi umah org tua2 sebab dia pun takde niat nk tinggalkan mak dia.utk keselesaan mak dia, bwk dekat hotel.maybe sedara mara pun xde.tokey call jawap ok la sebab nanti nak bayar.kalau nak tinggal,baik xyah bayar hotel..ye dak?mana kita taw kot2 anak dia ni kemalangan ke skrg,koma ke..sentiasalah bersangka baik.doakan Allah membantu kedua2 hamba Allah ni.jangan asyik mengutuk orang.korang pasti ke mak korang tak pernah terasa hati ngan korang?
  • @zulianazulkifli tgk 1.32 ,masuk start 22hb sampai la last datang bayar pada 3hb ....even kalau hp hilang sekalipun apa kena mengena dgn nak pi ke hotel tu utk tgk ibu dia sendiri??? persoalannya kenapa x dibawa maknya ke rumah dia sendiri??
  • @Cr4sh2007 daripada mencaci dan menghina org,lbh baik kita selalu bersangka baik dan mendoakan yang terbaik.kita sendiri tak pasti apa terjadi dekat anak dia.mungkin si anak sendiri hidup melarat/tiada rumah yg selesa.sebab itulah dia hantar mak dia ke hotel.tu pun datang jugak bayar.cuba fikir..dari tarikh 22hb-3hb (around 2 week kot), tentu hotel pun banyak kali buat room service, mesti nampak makcik tu,knp time tu takde repot org tinggal mak.maknanya sblm ni anak dia ada 

Macam-macam hinaan yang diterima anak makcik ni..
Disebabkan pembacaan tu, anak makcik ni sampai dibuang kerja
Wawa syukur sangat sebab kebenaran akhirnya terbukti

Tahniah kepada anak makcik terbabit sbb berani tonjolkan diri
Meskipun orang dah cakap dia macam-macam
ANAK DERHAKA,TANGGANG MODEN,SIAL,BODOH,BANGANG(lain2 sensored)


Moral of the story:
Tolongla jangan tergolong dalam golongan "judgmental" ni.
Ingatlah kita pun insan lemah yang selalu buat silap
Daripada kita menghina mencaci orang
Baiklah kita mendoakan yang terbaik..
Mudah-mudahan Allah makbulkan..


note: Korang pasti ke mak korang takde sikit pun terasa hati sebab korang
Pasti ke mak korang tak pernah menangis sebab korang
Ambek kesempatan ni, bagi mereka yang ada mak..
Pi peluk cium,telipon and minta maaf dengan mak korang
Cubalah jadi anak yang menghargai mak korang.

Bagi yang sudah kehilangan ibu, 
doakan agar dirinya sentiasa dirahmati..

double note: SAYA SAYANG MAMA SAYA, ZARINA BINTI ISMAIL
Maaf sebab suka cari pasal ngan mama
Maaf sebab selalu gedik dan mengada2 dengan mama..
Apapun, Wawa bangga jadi anak perempuan tunggal mama..
Wawa rindu mama..Wawa sayang mama sepenuh hati.
No one can replace you mum..

Nota untuk dikongsikan..

Wawa ada mendapat email daripada reader2 yang memohon kebenaran Wawa untuk menggunakan nota-nota Wawa untuk tujuan pelajaran..

Wawa amat berterima kasih kerana ada yang sudi menjenguk blog Wawa

Dengan ini, Wawa ingin menyatakan yang Wawa MEMBENARKAN dan MENGHALALKAN adik-adik junior,rakan-rakan, atau reader-reader sekalian untuk menggunakan nota terbabit untuk tujuan pelajaran (not for business)

tak kiralah anda di kampus Kedah, Dungun,Melaka dan dimana-mana cerok dunia..

Wawa ikhlas kongsikan note terbabit dan mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan

Namun begitu, Wawa ingin tegaskan bahawa:

1)Wawa tidak bertanggungjawab atas apa kesalahan dalam nota terbabit ( i'm just a student, takde acknowledgement dari mana-mana pun..Everything stated is just for learning purpose..Jangan pulak ada yang gaduh-gaduh dengan lecturer bila ada percangahan pendapat dgn apa yg tertulis inside my note dan nota lecturer anda)

2) Please don't ever sell my note..

Untuk kemudahan reader-reader jugak..
Wawa ada listkan nota2 terbabit di sebelah kanan blog ni..

if you guys aware..


Reader2 sekalian hanya perlu click untuk pilihan nota yang diingini..

Mudah-mudahan dapat lebih membantu anda untuk berjaya dalam pelajaran

Insyaallah..
note: Sorry sebab Wawa tak pandai design blog..so my blog not so awesome as the famous blogger..;P

9 Mar 2012

Jalan2 semester akhir

Dengan rasminya Wawa sudah memasuki semester akhir ijazah
Sekejap je masa berlalu
hampir 3 tahun Wawa di Kedah.
Lots of fun to be here..
I'm lucky to have all those awesome friends here...

Semalam merupakan hang out day..
Bermula pkl 10 pagi sampai ke 2 pagi kami berjalan2..
Terima kasih kpd "Cik Kelly" sebab tak meragam..
Butir-butir aktiviti:

Peserta : Shahril, Wawa, Kak Gee, Jue (Cik Kelly)
Hanim, Jannah, Orked, Dian,Dayang (Viva Elite)

Aktiviti 1..
Movie marathon
Seefood and John Carter
Lokasi : Village Mall, Sungai Petani








Settle movie..Kami memecut ke Perlis Indera Kayangan..
Aktiviti: Stimboat...(best giler..RM 11 satu kepala..Makan la banyak mana pun)
Lokasi: Somewhere near Repoh





Next...

Thailand...




note; Excited jadi pelajar semester akhir..x sabar nak grad...;)

7 Mar 2012

Certificate Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan

tak habis lagi ke cerita praktikal ni???

semestinya dah habis...

tapi nak share gambar istimewa...


terima kasih kepada Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan 

atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi..

Jasa anda sekalian sentiasa di ingatan...





terima kasih buat:

Dato' Hj Ahmad Yakob
Dr. Din
En.Roasfanizam (My supervisor)
Tuan Haji Nasir
Chief Clerk Rahman
Abe Syed Irfan
Abe Soh
En Zaini
En Rosli
Kak Ma..
Kak Ton 


and

kawan praktikal saya..Kak Aien Mahadi....


note:rindu plak tempat praktikal..:(

Bukit Bendera....

Dengan penuh jakun dan rendah dirinya..
Saya mengaku yang ini merupakan first time saya naik kereta kebal..
Dekat Bukit Bendera..

Pengalaman yang mengujakan..
Ingatkan dah tak sempat nak ke sana..
Akhirnya...
Di semester akhir pengajian..
Saya ke sana bersama cik "kelly" tercinta..
Thanks to Uncle Mat sebab jd tourist guide kami..
Siap blanja karoake sampai 2 jam...

Terima kasih  banyak2..
Jasamu amat dikenang..

Dekat belakang tu Bukit Bendera..

Mengabadikan kenangan bersama Mama and Orked

Tiket naik cable car..thanks to Uncle Mat..(atas  permintaan, gambar  terpaksa dirahsiakan)

Mamat Perantau,Mama and me


Classmate ever..Shahril, Wawa and Orked





My beloved and sporting Mama..I  love u  Mama..

Mama drive dari Kelantan ke Kedah semata2 nak hantar  Cik Kelly..
Terima kasih banyak..
Saya sayang mama sangat2..

Ni gambar time hantar Mama naik bas ..

Me, yaya and kecik...


Bukit Bendera is awesome..
Cantik pemandangan kat atas tu..
Sorry not too much pictures to share..
Balance of the pic ada dengan mama..


note: sukanya bila dapat jalan2..adakah dengan adanya Cik Kelly, "kaki" saya makin panjang lepas ni??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...