Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

4 Oct 2012

Konvoi Royalti Kelantan 2012

Sebagai rakyat Kelantan, Wawa amat berbangga dengan usaha aktivis Royalti dalam menuntut hak royalti untuk rakyat Kelantan
Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kita
Sejujurnya, Wawa memang nampak yang rakyat Kelantan sememangnya komited dan bersatu padu jika di tempat orang
Mungkin segelintir rakyat negeri lain memandang rakyat Kelantan sebagai mereka yang suka berpuak namun hakikatnya, kami tidak sebegitu
Bahkan, sikap terpuji iaitu saling membantu sesama rakyat Kelantan sepatutnya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia

Kenapa Wawa sebut pasal bersatu dan sikap tolong menolong rakyat Kelantan?
Sebabnya itulah yang Wawa alami di Putrajaya
Ini merupakan pengalaman benar yang Wawa sendiri alami
Waktu tu sudah pukul 1 pagi dan Wawa baru pulang dari Uptown Kajang menuju ke kediaman rakan di Putrajaya,
Kami bertemu dengan aktivis Royalti di Flat Hijau
Memandangkan kami begitu berminat untuk mengetahui perkembangan isu royalti
Kami meminta sticker untuk ditampal dikereta bagi membolehkan kami menyertai konvoi
Alhamdulillah kami dapat

Bukan setakat sticker,
kami juga mendapat t-shirt royalti yang bernilai RM20 ketika ke Putrajaya keesokan harinya
Kami bertemu dengan aktivis royalti termasuk naib presidennya,Hj.Abu Samah



Inilah sticker yang kami dapat

T-shirt yang diberi

Bersama aktivis Royalti

Saya di Putrajaya



Cerita menarik untuk dikongsi bukan t-shirt free yang kami dapat
Namun, nasihat yang diperoleh disebalik pemberian t-shirt

Wawa menjangkakan aktivis R akan menasihati kami berkaitan politik
Yang mana harus dipangkah untuk PRU nanti
Namun sangkaan meleset sekali

Tuan Haji menasihatkan Wawa dan rakan-rakan agar menggunakan ijazah dan ilmu yang kami perolehi kejalan yang benar
Ilmu terbabit jangan disalah guna untuk kepentingan individu
sebaliknya berbaktilah kepada masyarakat
Lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah

Terpana Wawa mendengar nasihat
Ternyata mereka bukan mereka yang begitu obses dengan politik
Apa yang benar tetap benar dan yang salah tetap dikatakan salah
Mereka tidak terdesak untuk menagih undi daripada kami
Bahkan membuatkan kami sedar akan tanggungjawab kami

Tahniah dan syabas buat aktivis Royalti


Kawe banggo jadi anok Kelate..

Alhamdulillah
Negeri kami aman
Pemerintah dan raja kami berdaulat
Kelantan Negeri Berkah..

Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...