Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

4 Oct 2012

Belanjawan 2013 tidak mesra jangka panjang

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan bajet 2013.
Serba sedikit perkara yang di highligh kan ialah

1)Baucher RM 500 kepada gologan berpendapatan rendah diteruskan
2) Rebat RM 200 untuk pembelian telefon pintar
3) Pemberian RM 250 kepada individu bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang 2 ribu
3)Voucher buku ditingkatkan kepada RM 250 setiap pelajar

Jika dilihat,
begitu banyak peruntukan yang diberikan kerajaan kepada rakyat
Namun begitu, pemberian ini tidak mendatangkan pulangan yang mana kesemuanya dilihat umpama bajet kebajikan

Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya hal begini diteruskan dalam sudut ekonomi?
Pemberian wang menyebabkan rakyat memiliki wang dan mereka akan berbelanja lebih
Permintaan untuk membeli barang bakal meningkat namun bekalan yang disediakan dalam pasaran sedikit 
Hal ini menyebabkan pengeluar bakal meningkatkan bekalan di pasaran dan mereka bakal meningkatkan harga barangan memandangkan barangan mendapat permintaan yang banyak daripada rakyat
hal ini boleh mengakibatkan inflasi di mana harga barang bakal meningkat
Sebagai contoh, harga gula yang kini kian meningkat
jika tahun ini harganya RM 2, tahun hadapan agak mustahil untuk harga menurun bahkan harga barangan makin meningkat
Namun begitu, rakyat belum pasti lagi akan memiliki bekalan kewangan yang sama dengan sewaktu mereka mendapat bantuan..
Di masa itu, rakyat akan mula merasa tekanan memandangkan harga barangan meningkat namun sumber kewangan mereka terhad

Secara kasar, kita dapat melihat bajet terbabit tidak begitu mesra rakyat untuk masa hadapan
Bukan bermaksud untuk menghentam kerajaan kerana banyak memberi bantuan kepada rakyat
Namun tulisan ini hanya rasional logik akal dari insan yang tidak seberapa seperti saya
Harapannya agar masalah2 yang bakal timbul dapat diperhalusi dan di elakkan bersama

Pada pandangan saya, mungkin wang-wang terbabit lebih bermanfaat sekiranya dikumpul dan diberikan kepada pelajar yang mana yuran-yuran dan perbelanjaan mereka dihapuskan
Ini akan lebih mengurangkan beban ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke menara gading
secara tidak langsung mampu meningkatkan institusi pendidikan negara
tentu ibu bapa lebih gembira bila tidak perlu lagi bimbang dengan kos pembiayaan pendidikan anak mereka daripada pemberian wang secara cash untuk barangan dapur yang mana wang itu boleh dihabiskan dengan hanya sebulan belanja wang dapur untuk mereka yang bekeluarga besar.Wang terbabit kesannya hanya jangka masa pendek dibandingkan dengan pelaburan untuk pembiayaan pelajaran anak2.


Mungkin pandangan ini boleh ditambahkan lagi keberkesanannya dengan idea mereka2 yang cerdik pandai
saya sekadar insan kerdil berkongsi pandangan menurut apa yang saya lihat
Insyaallah kita sama-sama harapkan yang terbaik untuk kebaikan bersama




Adakah bajet 2013 umpama gula-gula untuk rakyat?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...