Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

20 Jun 2012

Ujian kompetensi

Dengan penuh tanda tanya dan persoalannya, 
Wawa usha la jugak kat internet ape tu ujian kompetensi utk pegawai PTD nih..
Bukak website SPA..hmm tidak ketemu ape yg dicari

Ujian tu tak taw ag bila..haishh nervous ok..

tapi Wawa dapat jawapan yang dicari melalui link nih..

Try korang usha ..

Proses Pengambilan PTD

Thanks to INTAN sebab menyediakan khidmat berguna nih..

Tudiaaaaaa susah jugak nak jadi PTD nih rupanya..

Banyak benor stage nya..

Paling Wawa tak suka ialahhhhh

"Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu

 larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga

perlu mengikuti latihan jasmani yang lain"


and DEBAT ALA PARLIMEN...



cisssssssssssssss..kena lari,,

SAYA BUKAN ATLET DAN TAK SUKA SUKAN..

nak berdebat la plak..aduyaiii..

 Memandangkan prosedurnya amat susah skali..Wawa


 cuba mencari ape kebaikan kerjaya nih..


Meh nak share ngan korang

Kelebihan

1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.

2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..

3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..

4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menyebabkan si Zool tidak lagi berminat untuk menduduki peperiksaan ini.. Antaranya

1. PTD akan menghadapi situasi berpindah terutamanya bagi kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain. Walaupun saya ni bujang namun sukar rasanya berhadapan dengan situasi tersebut..

2. Suka atau tidak, kadangkala terdapat situasi gangguan dari politikus.. Terutamanya kalau anda PTD di bahagian yang agak berisiko.. Bahaya woo..

3. Sentiasa kena keje lebih. Tiada kerja lebih masa (OT). Disebabkan PTD merupakan pegawai elit, waktu kerja tak tentu masa.. Biasa rasanya kalau malam-malam dipanggil meeting oleh pihak atasan..

4. Lagi-lagi mesyuarat.. HUhuhuhuhu.. Sebagai ketua sesuatu jabatan memang PTD akan selalu menghadiri mesyuarat.. Samada kena puji, hentam, kutuk dan sebagainya.. Kena bersedialah..

5. Ketrampilan diri yang menarik. PTD adalah suatu jawatan elit jadi kenalah berpakaian kemas.. Tak boleh pakai kasut murah-murah ni..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tentang sedikit perihal mengenai PTD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai PTD ni cubalah tanya mereka sendiri di jabatan-jabatan kerajaan.. 

( sumber: 
http://ligakampung.com/blog/best-ke-jadi-ptd/ )


nota kaki : insyaallah ada rezeki adalah.tolong doakan

Wawa yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...