Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

8 Jun 2012

Abg Raja Datang Lagi

Dengan rasa teruja dan excitednya sy nak bercerita 
8/6/12 motivator idola saya datang lagi ke UITM KEDAH
siapa lagi kalau bukan abg Raja Shamri
Mesti korang pun kenal dia kan..
Dia famous kot..tak caya baik korang goggle..

Antara berjuta-juta peserta program motivasi Abg Raja nih
Wawa merupakan salah seorang yang amat kagum dengan abg Raja
Dilahirkan pada 12 RabiulAwal(sama tarikh dengan junjungan kita, Muhammad S.A.W),
Abg Raja pernah memberitahu yang insan  yang dilahirkan pada tarikh ni biasanya tidak sempurna
Kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Muhammad S.A.W
Abg Raja dilahirkan dengan kecacatan kaki yang memaksa beliau pakai kaki palsu

Sebelum ni Wawa banyak bercerita pasal dia dlm blog
tentu korang dah lupa kan
try check balik..
Inilah antara nasihat-nasihat dia

Kalau nak diikutkan,
nasihat-nasihat abg Raja memang banyak kali benda yang sama
Namun, jika anda selalu dengar (this is my third time actually)
anda akan rasakan, ianya tetap tidak pernah membosankan
Tahniah buat abg Raja sebab sentiasa berjaya menyuntik semangat motivasi buat anak2 bangsa

Wawa sebenarnya amat berbesar hati sebab dalam kalangan berjuta-juta peserta program dia,
Abg Raja masih ingat dekat Wawa
Bahkan di permulaan majlis, dihadapan semua hadirin abg Raja sebut nama Wawa.

Mula-mula dia just panggil nama Wawa..time tu Wawa buat2 tak tahu sebab mungkin ada orang lain nama Wawa. then he mention again my full name..

"ZULIANA AZWA ZULKIFLI ada tak???"

Mak eh..terkezut den..biaq betul abg Raja ni.
Agak segan sebab time tu semua mata mula pandang Wawa.
Yang takleh blah sepanjang ceramah, ada je Abg Raja akan sebut nama Wawa dan sakat Wawa..
Paling tak leh dilupakan bila abg Raja sebut mengenai isu praktikal Italy tu

"Wawa jangan sedih tak dapat praktikal di Italy.Sebab nanti Wawa akan kahwin dengan orang kaya dan akan honeymoon disana nanti"

hahhaha..lawak je abg Raja nih..
Habis je program dia, abg Raja terus menuju kearah Wawa.
Abg Raja tanya pasal praktikal Wawa di SUK Kelantan
dan nasihatkan Wawa supaya terus sambung Master.

Insyaallah..Terima kasih atas doa dan nasihat dari Abg Raja
TERIMA KASIH KERANA MASIH MENGINGATI WAWA
Buat reader2 kat luar sana,
contohilah insan hebat ini
biarpun cacat, Abang Raja tetap dikagumi dengan memiliki 2 degree,2 masters dan kini menuju ke 2 PHD
he's marvelous...

terima kasih banyak abg Raja
Moga reader2 sekalian turut mendapat peluang untuk berjaya sepertinya..

Ini gambar kami bersama Abg  Raja semasa programnya di UITM Kedah April 2011..(gambar kali ni tak dak..cheq malu sbb Abg Raja dok sakat cheq..hehe)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...