Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

9 Apr 2012

Jalan terbaik

Mungkin reader2 Wawa sudah bosan dengan pelbagai persoalan yang Wawa timbulkan..
Pelbagai keraguan, pertanyaan dan ada yang menasihatkan supaya berhati-hati
Katanya, i should not raise up this issues..
Takut Wawa jadi the next Raja Petra katanya..

Jauh sekali niat Wawa untuk menyalahkan sesiapa
Tidak terlintas langsung untuk mencampur aduk urusan politik

Wawa masih sedar yang diri ini masih di usia setahun jagung..
Banyak lagi ilmu yang belum diterokai..

Harapan Wawa..mudah-mudahan perbincangan ini menjadi pembuka minda
Medan untuk perbincangan akademik
Tempat meluahkan pendapat..

Setiap persoalan pasti akan terjawab bila kembali kepada dua pegangan utama
AL-QURAN dan Sunnah Nabi Muhammad..

Surah Al-Baqarah:


[2]

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula 
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[3]

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara 
yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang 
serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki 
yang Kami berikan kepada mereka.

[4]

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran”
yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-
kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka 
yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


[5]

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya




terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan dan

sudi membawa diri ini keluar dari kegelapan

dengan hujah2 yang rasional..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...