Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

13 Mar 2012

Why People are Judgmental

Pelbagai isu berlaku,
dan kebanyakannya Wawa perhatikan...

PEOPLE ARE JUDGMENTAL..

dalam erti kata lain.
Suka nak menuduh orang membabi buta..
Suka fikir negetif dekat orang
Suka buat kesimpulan tanpa usul periksa
Menerima sesuatu perkara bulat-bulat..


Come on people...
cukup2 la jadi judgmental ni..
tak ada baiknya..

melalui post ni,
Wawa nak kongsikan satu isu hangat, sensasi.. dan meletops gitu dekat youtube..
Konpem korang pun aware pasal benda ni.. 
Isu ni menunjukkan betapa rakyat kita ni suka sangat jadi HAKIM
Mengutuk orang,mencaci orang (kononnya diri sendiri tu sempurna sangat)
Takde salah silap langsung..Siap boleh tuduh orang lain masuk neraka ko..(macam la ko pasti masuk syurga)

TAJUK:TINGGAL IBU LUMPUH DI HOTEL


Mesti anda aware kan video ni.
Cuba baca komen-komen..
Banyaknya mereka-meraka yang berprasangka negetif..
Wawa ada jugak komen untuk video ni..
Seperti biasa, Wawa jugak turut dihentam..

  • i guess something happen kat anak dia..kalau tak knp dia pi jugak bayar sewa yang 2 hari tu..kalau btol2 dia nak tinggalkan mak dia, tentu x bayar langsung..pengurus hotel cakap call masuk tp x angkat..maybe hp dia hilang, dicuri or jatuh kat mana2..sentiasalah bersangka baik.saya doakan moga makcik dapat bertemu anak makcik,,,tp kalau btl anak makcik tinggalkan makcik..insaflah wahai anak muda,,SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU..
  • @zulianazulkifli kenapa perlu letak kat hotel??anak dia tu duk tidur bawah jambatan ke apa???takde rumah sendiri???
  • @Cr4sh2007 banyak je orang yang tak mampu miliki rumah sendiri dan hidup melarat kat malaysia ni.mungkin anak dia salah seorang darinya.kalau btol2 dia nak buang, takkan bwak dari johor utk tinggal di hotel. dia siap cuba bayar hotel tu. sbb itulah saya merasakan sesuatu terjadi..daripada kita semua duduk mencaci menghina..apa salahnya kita berdoa agar Allah melindungi dan merahmati mereka.Doa itu senjata orang mukmin.
  • @zulianazulkifli tak logik..kenapa nak bawak pi jauh2.? klw tak mampu..kenapa bawak pi hotel??kenapa tak tinggalkan kat umah org tua2??? sbb tak sanggup org kata dia tinggalkan mak sendiri ke?? xpn taknak mak dia tau yg dia mmg berniat nak tinggalkan mak dia ke??? dr segi logik akal..mmg sengaja nk tinggal.kan tokey tu cakap..dia call pastu cakap 'okok' ..klw betul amik berat kenapa tak tnya kabar kat tokey hotel tu???
  • @missrnbtisha mungkin dia tak bawak pi umah org tua2 sebab dia pun takde niat nk tinggalkan mak dia.utk keselesaan mak dia, bwk dekat hotel.maybe sedara mara pun xde.tokey call jawap ok la sebab nanti nak bayar.kalau nak tinggal,baik xyah bayar hotel..ye dak?mana kita taw kot2 anak dia ni kemalangan ke skrg,koma ke..sentiasalah bersangka baik.doakan Allah membantu kedua2 hamba Allah ni.jangan asyik mengutuk orang.korang pasti ke mak korang tak pernah terasa hati ngan korang?
  • @zulianazulkifli tgk 1.32 ,masuk start 22hb sampai la last datang bayar pada 3hb ....even kalau hp hilang sekalipun apa kena mengena dgn nak pi ke hotel tu utk tgk ibu dia sendiri??? persoalannya kenapa x dibawa maknya ke rumah dia sendiri??
  • @Cr4sh2007 daripada mencaci dan menghina org,lbh baik kita selalu bersangka baik dan mendoakan yang terbaik.kita sendiri tak pasti apa terjadi dekat anak dia.mungkin si anak sendiri hidup melarat/tiada rumah yg selesa.sebab itulah dia hantar mak dia ke hotel.tu pun datang jugak bayar.cuba fikir..dari tarikh 22hb-3hb (around 2 week kot), tentu hotel pun banyak kali buat room service, mesti nampak makcik tu,knp time tu takde repot org tinggal mak.maknanya sblm ni anak dia ada 

Macam-macam hinaan yang diterima anak makcik ni..
Disebabkan pembacaan tu, anak makcik ni sampai dibuang kerja
Wawa syukur sangat sebab kebenaran akhirnya terbukti

Tahniah kepada anak makcik terbabit sbb berani tonjolkan diri
Meskipun orang dah cakap dia macam-macam
ANAK DERHAKA,TANGGANG MODEN,SIAL,BODOH,BANGANG(lain2 sensored)


Moral of the story:
Tolongla jangan tergolong dalam golongan "judgmental" ni.
Ingatlah kita pun insan lemah yang selalu buat silap
Daripada kita menghina mencaci orang
Baiklah kita mendoakan yang terbaik..
Mudah-mudahan Allah makbulkan..


note: Korang pasti ke mak korang takde sikit pun terasa hati sebab korang
Pasti ke mak korang tak pernah menangis sebab korang
Ambek kesempatan ni, bagi mereka yang ada mak..
Pi peluk cium,telipon and minta maaf dengan mak korang
Cubalah jadi anak yang menghargai mak korang.

Bagi yang sudah kehilangan ibu, 
doakan agar dirinya sentiasa dirahmati..

double note: SAYA SAYANG MAMA SAYA, ZARINA BINTI ISMAIL
Maaf sebab suka cari pasal ngan mama
Maaf sebab selalu gedik dan mengada2 dengan mama..
Apapun, Wawa bangga jadi anak perempuan tunggal mama..
Wawa rindu mama..Wawa sayang mama sepenuh hati.
No one can replace you mum..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...