Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

16 Jan 2012

Saya jadi cikgu???

Sejak minggu lepas..
Wawa dan Orked ada mengajar sorang adik form 2..
Adik ni pemalu sangat
Nama dia Syafirah Nur Alyani.. (not sure whether the spelling is right..hehe..sorry Aalia)

Biasanya kami akan ajar Aalia subjek Mathematics..
Sebab Aalia cakap dia lemah subjek ni..
Alhamdulillah, kami agak bangga sebab selepas diajar beberapa kali, 
Aalia macam faham..
Tapi dia perlukan banyak dorongan dan latihan

nilah gambar saya mengajar Aalia....Amacam berbakat tak??

Hari ni merupakan hari terakhir Wawa dan Orked ajar Aalia,
Sebabnya kami nak fokus untuk Project Management dan balik kampung utk praktikal
Parents Aalia (Mak Uda dan Pak Uda) baik sangat..
Tiap kali Wawa dan Orked balik, mesti akan bekalkan makanan..
Bila hari last ni..Mak Uda siap tanya berapa upah kami kenakan..
Sesungguhnya Wawa dan Orked tak pernah mengharapkan balasan..
Kami gembira dapat kongsi ilmu dengan Aalia..
Ikhlas dari hati kami..

Wawa jugak nak share kata-kata hikmah dari sahabat baik Wawa..

Hati anda dimana???

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...;)

I love my Mama too...Zarina Binti Ismail...

Setuju sangat..cuma perlu add movie nite..hehe..

Kata-kata hikmah ni akan sentiasa dalam hati (di samping dekat wall dalam bilik)
Terima kasih Sahabat..
Sejujurnya, Wawa sangat bersyukur dapat sahabat mcm anda..
Selalu mengingatkan saya..
Terima kasih banyak..
Wawa harap ukhwah kita sentiasa diredhai Allah dan kita sahabat selamanya..


note: Selamat Maju Jaya buat Aalia dan Wawa harap agar ramai lagi anak2 muda khususnya pelajar-pelajar universiti tolong kongsikan ilmu dengan adik-adik kita..
 dan Terima Kasih Sahabatku..
Anda sememangnya sahabat sejati yang sukar dicari ganti..
you're my pearl...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...