Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

2 Jan 2012

2012 dan kisah kehilangan


Pembukaan 2012 tidak semuanya indah..
Petang tadi Wawa dikejutkan dengan berita kehilangan ayahanda sahabat baik 
HIDAYU HARON..

Sebelum ini, saudara RAHMAN LATIP turut merasa kehilangan ayahanda tercinta pada 24 Disember 2011..
Takziah Wawa ucapkan..
Jauh disudut hati,,
Wawa harap agar mereka tabah dan kuat menghadapi dugaan ini lebih-lebih lagi disaat peperiksaan akhir yang akan tiba tak sampai seminggu lagi

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati..
Wawa sememangnya sangat terasa dengan berita kematian ayah ni..
Jelas terbayang saat Wawa kehilangan Papa dahulu..
keadaannya seakan sama dengan apa yang dialami beliau
Papa juga meninggalkan Wawa disaat Wawa hampir2 nak menjalani peperiksaan akhir
Kematiannya juga tidak diduga akibat Sakit Jantung


Al-fatihah buat ayahanda tercinta,Zulkifli Bin Hussin..Papa tetap dalam ingatan

mudah-mudahan roh papa sentiasa dicucuri rahmat


Sesungguhnya Wawa memahami apa yang dirasakan oleh Hidayu dan Rahman..
Wawa juga pernah mengalaminya..
Semoga kita tabah menghadapi dugaan ini..
Kita sememangnya insan terpilih untuk diuji oleh ALLAH
ingatlah bahawa

"ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI SESEORANG DILUAR KEMAMPUANNYA"

Percayalah..
Kita kuat..kita tabah,.kita mampu redha dengan ujian ini..

amalan sesudah mati berdasarkan hadis nabi, bila mati anak

 adam, terputus amalannya, kecuali 3.

1. anak soleh yang mendoakannya

2. Ilmu kebenaran yang di ajarkannya, berpanjangan selama

 mana ada yang mengamalkannya

3. harta yang di belanjakan, untuk syiar islam, selama mana 

di gunakan akan sampai kebaikan amalan itu kepadanya


Doa anak yang soleh itu akan sentiasa membantu orang tuanya..
Sama-samalah kita menjadi anak soleh untuk membahagiakan orang tua kita di alam sana..

note: Sedang menulis blog, satu lagi khabar sedih Wawa terima..Ayahanda sahabat sewaktu sekolah rendah, Ainun Mardhiah Jusoh turut kembali ke rahmatullah pada petang 1/1/12..
Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada..



Terima kasih buat Saudara Mustaqiem dan A'arn kerana sudi membawa Wawa dan Kechik ke Bagan Serai untuk melawat saudari    Hidayu Haron..
Sampai tertido Mus dalam kereta akibat kepenatan..
Saudara Mus dan A'arn sebenarnya baru selesai pembentangan VIVA setelah mendapat khabar pemergian ayahanda Hidayu..
Sanggup turun ke Bagan Serai untuk memberi sokongan moral..
Terima Kasih Korang....;)

1 comment:

  1. terima kasih sis...doakan saya agar terus kuat semangat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...