Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

31 Dec 2011

Nota untuk Public Finance Part 2



As being promised...
Ni sambungan nota Public Finance untuk Part 2















Wawa jugak ada  buat sedikit analisa untuk past year..
Hasilnya...




Apa yang Wawa dapat simpulkan ialah Soalan Final Sangat Mencabar...
Wawa cadangkan agar those yang bakal ambek paper ni untuk dapatkan "support material" di I-Learn..
Nota yang kita ada rasanya tak mencukupi...

GOOD LUCK FINAL PUBLIC FINANCE!!

note: credit to pokcik,para-para, Usairi....for this pictures.
awesome bro!! high quality..moga2 ramai mendapat manfaat dari nota ni..insyaallah..;)

Nota untuk Public Finance Part 1

Ini nota ringkas Wawa  untuk subjek Public Finance
Ringkas ke???
Agak ringkas la kot..
tapi rasanya inilah nota terpanjang pernah Wawa buat sepanjang 5 sem ni..
22 pages for 12 chapter..ok la tu kan..
ni untuk part 1..
nantikan sambungannya untuk part 2 ok..














 Ada lagi sambungannya..
rajinnya anak mama.....


Jgn lupa doakan untuk Final 5hb ni kawan2..

28 Dec 2011

Demam Final Semester 5 degree...

study week untuk budak2 UITM dah bermula sejak 
22 Disember 2011 lalu..
Awal2 cuti ni biasala..

BALIK KAMPUNG kan..

cuti2 jugak..
jgn lupa study taw!!

Firstly, Wawa nk share satu cerita lawak..
Adalah sorang hamba ALLAH tanya Wawa

"Macam mana Wawa study tiap2 sem dapat dekan??"

Dlm hati nk tergelak Wawa dengar..
Meh Wawa share tips nya..

1) Perlu diingat..setiap apa yang berlaku datangnya daripada ALLAH..Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha..ALLAH yang menentukan segalanya.. Jadi, betulkan niat paling utama..
To those who know me well, they may know that i never dream to be BAS student..jadi niat Wawa dalam belajar ni hanyalah untuk menggembirakan satu-satunya ibu Wawa..Wawa berusaha untuk bahagiakan Mama dengan pencapaian Wawa..

2) Ada schedule..




mcm mana nk susun schedule ni??
* Wawa jenis pelupa..so, kalau korang perasan, Wawa akan susun untuk study paper berkenaan bila dkt2 nk final untuk paper terbabit..barulah fresh2 masuk dewan nanti..
* Jangan lupa masukkan time untuk korang berehat jugak...Study memanjang pun x leh gak..nanti tension..


3) Cara study 
*time study, Wawa akan mulakan dengan baca semua chapter..
buat note simple2 yang kita mudah faham..
sambil baca tu, Wawa akan make sure Wawa tulis balik apa yang Wawa paham..

Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.

Tentu korang pernah dengar ayat ni..

Aku dengar dan aku lupa..
Aku lihat dan aku ingat..
aku lakukan( tulis/praktik)  dan aku mengerti
Aku ajarkan maka aku menguasainya..


4) Keberkatan
*Keberkatan yang paling utama datangnya daripada ALLAH
Jangan lupa untuk minta dengan-NYA
So, banyakkan solat sunat hajat dan berdoa pada ALLAH

*Keberkatan juga datangnya dari guru kita
Jadi di musim study week, 
Wawa slalu amalkan untuk berjumpa lecturer2..
Lecturer2 di UITM Kedah memang dah paham sangat trend Wawa
time tulah Wawa akan tanya semua yang Wawa tak paham
tapi korang jangan la pegi suruh lecturer tu terangkan dari awal sampai akhir
tu memang sengaja menaikkan darah dia..
Make sure korang dah study dan tau apa yang nak ditanya..
sehari sebelum paper final untuk subjek berkenaan,
Wawa akan jumpa lecturer yang mengajar untuk minta restu..
Moga2 dia redha dengan ilmu yang diberi

*tidak dilupakan keberkatan datangnya dari redha ibu dan ayah.
Sebelum masuk dewan, Wawa akan telefon Mama
mintak Mama doakan Wawa..
memandangkan kampung halaman jauh..
nak balik tu memang makan kos..
inilah cara yang selalu Wawa amalkan..;)


5) Cukup makan, cukup tidur, cukup rehat...
Wawa selalu dengar yang di waktu study week..ramai yang pulun gila2 study sampai x sempat makan, tidur dan etc..
Pada Wawa kaedah pembelajaran sebegini tak elok..
Badan kita perlukan rehat jugak..
So jangan terlalu paksakan diri anda..
Jangan sampai tak tido..
Nanti kepala pening nak final..
Sebaliknya lakukan dengan terancang..
Wawa biasanya amalkan makan kismis dan susu time study week
Wawa jugak lebih suka tidur awal then bangun balik 2 3 pagi sebab time tu sunyi nak study..
Depend kepada cara yang anda selesa...;)

6) Jangan stress...
Time dekat2 nk final tentu mcm2 akan jadikan..
Wawa pun selalu alami perkara yang sama..
Kematian, putus cinta, kehilangan harta benda, gaduh dan mcm2 lagi..(if u guys following my blog, u may know what i face during final)
perlu diingat bahawa semua ni adalah dugaan dari ALLAH..
sememangnya kita manusia biasa akan merasa tertekan..
namun sebaiknya kita perlu pandai mengatasinya..
Cuba kawal emosi untuk terlalu memikirkan masalah2 terbabit sebaliknya fokus la untuk final..
tak lama pun..2 minggu je kan..
 TAPI ..Jangan nervous or tertekan sangat untuk Final
selagi kita bergelar student..
memang dah jadi perkara biasalah bercinta dengan final ni..
So alah  bisa tegal biasa kan?

Rasanya cukup la buat stakat ni..
Itulah yang slalu Wawa amalkan..
Wawa kongsikan mudah-mudahan berguna untuk reader2 sekalian..
Banyakkan berdoa taw!!

note: Manusia hanya mampu merancang, ALLAH menentukan segalanya..
Usaha + Tawakal + Keberkatan =  Kejayaan..

Insyaallah...Selamat beramal...;)







27 Dec 2011

Selamat Pengantin Baru Along & Abg Amir dan Angah & Abg Fadzil

tahniah Wawa ucapkan to both my sisters...
Selamat Pengantin Baru..
25 Disember 2011 lepas merupakan majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Taman Klang Perdana..



This is some of my pic there..

with nurul..

thanks to Syuhada Abdul Hamid kerana bg pinjam baju lawa ni..

This is the banner for  their wedding


this time with Syiera

My pic with angah.


This is my along (blue) and angah (silver)

ini gambar mereka bersama pasangan masing2.

my adopted parent..Mak dan Abah  paling sibuk  semasa kenduri..x menang tangan melayan tetamu..

ini plak opah...totally miss her a lot..sepanjang dekat rumah abah di Klang..Wawa tido dengan Opah..Opah banyak bercerita.moga kita akan berjumpa lagi opah..;)


Selamat Pengantin Baru
Moga kekal ke akhir hayat...

note: gambar Wawa x banyak sebab tertido semasa majlis berlangsung..hehehhe..
mungkin sebab penat perjalanan jauh dari Merbok ke Klang..;(
so sorry to Angah and Along...


23 Dec 2011

Semester 5 bakal berakhir..

Dengan ini dengan rasminya Wawa nk announce
i'm 50 per cent done with my Semester 5 degree...
another 50 per cent is the effort towards the final examination..

hah..sedar  ke tidak?
Dah nak final dah korang...

This is my schedule..

    5/1/2012        Public Finance           9.15 -12.15
        7/1/2012     Malaysian Economy          2.15- 5.15
14/1/2012       Urban Sociology         2.15-5.15
          19/1/2012       Project Management        9.15-12.15

to those yang masih lagi terumbang ambing dengan jadual exam anda tu
sila rujuk jadual cepat ek..
x sampai 2 minggu lagi nk final..
NERVOUSNYAAAA


semestinya kita semua mengharapkan kecemerlangan
sume nak dean's list..
tp perlu diingat..

tujuan utama kita belajar nak menuntut ilmu atau mengejar dean's list??
insyallah ALLAH telah aturkan yang terbaik untuk kita
berusaha dan bertawakal lah kepada-NYA
Insyaallah keberkatan memahami sesuatu ilmu itu akan jadi lebih manis daripada kejayaan sekadar berlandaskan nafsu mengejar anugerah dekan..

Sentiasa beringat yer kawan-kawan.
Apa yang kita miliki hanyalah pinjaman..
Bersyukurlah..bila-bila masa ALLAH boleh tarik..


So, bagi mereka yang dah mula give up
*banyak sangat chapter nak kena cover
*time2 sibuk study week ni, ada research la VIVA la..
*carry mark rendah..
* time nilah nak putus cinta la, pakwe meragam la..makwe lari la..kekasih hati ada org lain la
*krisis duit, krisis family..dan mcm2 lagi..

SILA TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG

KEMUDIAN BERISTIGHFAR YER....

mohonlah kepadanya moga dipermudahkan urusan..
dilapangkan dada
agar kuat menghadapi masalah2 ni..

INSYAALLAH...SAMA2 KITA MENDOAKAN KEJAYAAN BERSAMA


note: sem ni pasrah dengan result.. carry mark tidak memberangsangkan..


MUM PLEASE PRAY FOR ME>>
all of what i do in my studies is becoz of you




Celine DIon Berbahasa German

Korang mesti tak taw kan bakat terpendam Celine Dion ni..
Setelah hampir setahun setengah belajar Bahasa German..
Akhirnya...
Dia berjaya menyanyikan lagu hits dia
My Heart Will Go On (ala lagu tema Titanic tu)
kepada

Mein Herz Dich, Nie Mehr Vergisst...

Tak caya??
watch this..





Actually this is my performance untuk Malam Penutup KASA 2011
Malam tu mengumpulkan kesemua juara2 dari bahasa antarabangsa di UiTM Kedah ni..
Jepun dengan lagu Mirae..
Mandarin dengan Dikir Barat
Arab dengan Nasyid
English dengan Video
Bahasa Melayu dengan persembahan akustik
and us
German dengan persembahan My Heart Will Go On and German Folk Dance..

It is quite embarrassing actually..
This is my first time singing in front of so many crowd..
HAHAHAHA
korang jangan komen pape..
i know suara i x sedap!!!

We do this because of our beloved Frau Khairunnisah
Tomorrow is the last day with her..
So sad actually..
We will miss her a lot..


note: kalau junior2 yang tak taw pilihan untuk bahasa ketiga..korang boleh pilih German..Belajar German best!!!

17 Dec 2011

Korang dah daftar sebagai pengundi?


Dah daftar tak??
Tahun depan nk mengundi...


note: heran knp kena mengundi kawasan Pulai Chondong walhal Wawa tinggal di Kok Lanas..

16 Dec 2011

Comeylah Awak!!




hahahahhahahaha
mesti korang gelak guling2..
yes..this is Mat Luthfi

Tak perlu perkenalkan lagi,,
Semua dah kenal..

i think he should be the Youth Icon..
Idea dia memang bagus..
tak caya pi tgk vblog dia...


Generasi muda mcm ni la kita nak..

GO GO MATLUTHFI!!!

note: apasal la kiut sgt gmbr2 mamat ni..

15 Dec 2011

Hukum hudud...

Sekarang tengah hangat membicarakan isu hudud..
sebagai pelajar Sains Politik..
sememangnya isu ni juga menarik minat Wawa sebenarnya..
Yang mana Isu Hudud ni begitu dipolitikkan
Sebagai rakyat yang rasional dan mampu berfikir
apa kata anda nilai sendiri
Yang mana kaca yang mana sebenarnya berlian..

Bandingkan antara video ini







dengan penerangan dari video ini...


Kesimpulannya:
Jika ilmu masih belum cukup didada..
Janganla cakap tu mendabik dada..

note:suka video kedua sebab ada kekasih hati ..MAT LUTHFI syg..hahahhahha


Curi gitar haram..curi hati takpe..(alamak u curi hati i..ehhehe)

14 Dec 2011

Isu praktikal Itali lagi

Mesti ramai antara korang nk taw apa terjadi kan...
Last Wawa update ialah pasal Wawa dah dapat tmpt di 
PEJABAT TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN..

ni plak mesej terbaru Wawa terima..


Wah dengkinya dengan budak Melaka........
Kerajaan korang support kot..
Korang tak payah susah2 mcm Wawa...
Biarpun Wawa dah lama mencuba..


Wawa pun dah buntu dah..
Wawa hanya request untuk paktikal 5 minggu...
but they give me up to 10 weeks
for sure..Wawa memang xkan extend studies..
so i will not extend my practical period..

Budget plak..
i only assume for 15k sebab Wawa budget untuk 5 minggu
30k utk 10 minggu..
tp nk dapatkan 15k tu bukan senang jugak
Pening2..

KALAU KORANG KAT TMPT WAWA, KORANG TERUSKAN TAK PRAKTIKAL NI??

note: Rasa nak ambek kesempatan je time PM datang UITM Merbok 17hb ni..Agak2 Dato' Najib layan tak isu ni??

10 Dec 2011

Gerhana Bulan 10.Disember.2011

Mungkin antara kita tidak tahu apa itu gerhana bulan..
menurut sumber yang Wawa perolehi daripada Wikipedia





Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian 

daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh 

berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi 

dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau 

sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana 

bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif

 kepada nod orbitnya

Untuk lebih jelas...ini video yang menunjukkan kejadian gerhana bulan..


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Solat sunat sewaktu kejadian gerhana juga dikenali sebagai solat sunat kusuf sebanyak 2 rakaat. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu..
Hukum solat pada kejadian gerhana merupakan sunat muaakad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
ia boleh dilakukan secara berjemaah (digalakkan khutbah) dan juga bersendirian..
macam mana caranya??
Menurut sumber daripada denaihati.com;
Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat menjadi makmum kerana Allah
Cara Solat Kusuf :
1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.
2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.
Mudah-mudahan kita di pilih oleh Allah s.w.t untuk mendapat hikmah daripada kekuasaannya..
insyaallah..

note: Wawa tak mahir sangat berkaitan agama.Jika ada kesalahan, minta dibetulkan..Insyallah.mudah-mudahan kita sama-sama mendapat syafaat.

9 Dec 2011

Soooo Cute..Thanks Sharifah Aishah


Thanks Aishah for giving me such a cute contact lens cases..





sooo cute...



Taraaaaaa...
Nice Brown...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...