Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

10 Dec 2011

Gerhana Bulan 10.Disember.2011

Mungkin antara kita tidak tahu apa itu gerhana bulan..
menurut sumber yang Wawa perolehi daripada Wikipedia





Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian 

daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh 

berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi 

dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau 

sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana 

bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif

 kepada nod orbitnya

Untuk lebih jelas...ini video yang menunjukkan kejadian gerhana bulan..


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Solat sunat sewaktu kejadian gerhana juga dikenali sebagai solat sunat kusuf sebanyak 2 rakaat. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu..
Hukum solat pada kejadian gerhana merupakan sunat muaakad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
ia boleh dilakukan secara berjemaah (digalakkan khutbah) dan juga bersendirian..
macam mana caranya??
Menurut sumber daripada denaihati.com;
Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat menjadi makmum kerana Allah
Cara Solat Kusuf :
1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.
2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.
Mudah-mudahan kita di pilih oleh Allah s.w.t untuk mendapat hikmah daripada kekuasaannya..
insyaallah..

note: Wawa tak mahir sangat berkaitan agama.Jika ada kesalahan, minta dibetulkan..Insyallah.mudah-mudahan kita sama-sama mendapat syafaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...