Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

11 Feb 2011

tolong ingatkan aku....

sekejap tadi baru mendapat panggilan telefon
panggilan yang pernah didengar
namun entah kenapa sukar di praktikkan
panggilan yang banyak menyedarkan saya

pemanggil merupakan insan yg telah lama kenal dengan saya
he's among my bff
like a brother to me
always give me advice..

jujur sy memberitahunya yg sy sangat2 bercelaru
terlalu banyak benda yang nk difikirkan
sy tak tenteram
dia menyoal "solat kamu bagaimana?"
terus saya tersentap...
adakah selama ini ALLAH menerima solatku??

katanya, ALLAH berfirman, solat itu tiang agama
solat mampu mencegah diri melakukan kemungkaran
namun mengapa kita masih lagi lihat org yg solat namun masih berbuat maksiat??
solat namun berjudi, berzina dan sebagainya??
Adakah ALLAH s.w.t itu menipu??

Astagrifullah hal hazim..
Ya Allah betapa kerdilnya aku..
bagaimana solat kita??sudahkah kita melaksanakannya dengan betul??
penuh kusyuk kah?penuh sifat tawadukkah?
layakkah kita untuk mempersoalkan firman ALLAH apabila kita tidak melakukan perintahnya sebetulnya..

Panggilan terbabit sangat2 menyedarkan saya..
mungkin benar katanya
mengapa saya masih x tenteram biarpun saya solat?
sesungguhnya saya akui, mungkin solat saya tidak sempurna..
tidak kusyuk lantaran banyak memikirkan duniawi..


adakah solatku sempurna??

ya allah,ampunkan aku diatas kealpaan ku terhadap nikmatmu..
BAGAIMANAKAH DENGAN ANDA??APAKAH SOLAT ANDA TELAH DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA??


p/s: thanks to Mohd Hazwan Fadzil kerana memberikan nasihat yang sangat2 sy akui kebenarannya..doakanlah saya..i'm sorry sebab lama tidak berhubung dengan anda..sememangnya saya ingat anda belayar dan tidak dapat dihubungi..TOLONG INGATKAN AKU diatas kealpaan ku...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...