Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

5 Dec 2010

ego lelaki air mata wanita..

sy terjumpa tajuk diatas kelita melayari laman web iluvislam.com...

sungguh menyentuh hati sy tatkala menyedari yg ego mampu memusnahkan perhubungan..

sy terbaca seorang motivator menceritakan kisah dimana seorang lelaki rela untuk membunuh bayinya yang berusia 6 bulan setelah mengetahui anak itu bukan dari benihnya...

Masya-Allah...dimana perasaan belas kasihan terhadap bayi yg tidak berdosa..

kenapa tidak humban sahaja isterinya??kan isterinya yang curang..bayi itu tidak bersalah...

betapa egonya lelaki tersebut apabila sanggup bertindak umpama binatang apabila anak itu bukan anak kandungnya...

sebut mengenai isu curang..banyak artikel motivasi yang sy temui menyatakan perbezaan cinta lelaki dan wanita...

cinta lelaki adalah setia dan fleksibel namun wanita sangat menyeluruh dan setia pada yang satu..

saya akui kenyataan ini memandangkan itulah yang saya alami apabila begitu menyintai lelaki..

isu ego ini tidak berakhir disini...

setiap insan sememangnya ada sikap ego..baik lelaki mahupun wanita..

cuma terserah kepada kita untuk menangani ego..

fitrah lelaki dilahirkan untuk memimpin, perasaan ingin menguasai sangat tebal dalam diri..

sebab itu ada terlalu ego menyatakan yang dirinya adalah ketua,semua yang dilakukan betul dan apabila ada yang menegur...ego mula terserlah...

bagi lelaki,ego umpama maruah diri...bila dijatuhkan ego,rasa diri terhina sangat..

betulkan pandangan itu??

sebab itulah ego lelaki air mata wanita...

lelaki sanggup mengetepikan perasaan org yang mereka syg demi ego mereka..

dan wanita..hanya mampu berteman kan air mata..

untunglah sekiranya seseorang wanita mampu menundukkan ego lelaki...

sememangnya ego ini sukar ditundukkan...

pada pandangan saya..tidak salah menundukkan ego dan mengakui kesilapan diri..

tiada manusia dilahirkan sempurna,pasti ada yang melakukan kesilapan...

ego yang jatuhkan sememangnya dapat mewujudkan toleransi dalam hubungan....

bila terbukti salah,akuilah kesilapan anda..

mudah-mudahan ini dapat menjadikan kita insan lebih bertimbang rasa...



p/s:sama-samalah kita lebih bertimbang rasa demi menjaga hubungan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...