Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

20 May 2010

Ragam Pak Cik Teksi.



Pernah suatu ketika dulu saya melancarkan boikot kepada teksi dan lebih memilih bas untuk ke mana-mana sahaja destinasi yang diingin dituju. Disamping tambangnya yang murah,perkhidmatan bas kini lebih selesa dengan adanya air cond.Berbeza dengan teksi yang mana kadar tambangnya berbeza-beza dan kadangkala terlalu mencekik darah.

Saya berkata demikian berdasarkan pelbagai pengalaman yang saya alami dengan ragam dan karenah pakcik teksi ni. Pernah satu ketika saya dikenakan tambang sebanyak Rm 7.50 seorang untuk perjalanan dari UITM Kedah ke Sungai Petani.Walhal,kadar biasa hanya lah RM3. Lebih mengecewakan apabila pernah saya dikenakan cas sebanyak RM6 untuk perjalanan dari UITM Kedah ke Stesen Bas Express Sungai Petani.Dah la pada waktu itu saya hanya ada RM5.Bertikam lidah la saya dengan pakcik teksi tu.Bila saya tetap juga taknak bayar,akhirnya pakcik tu mengalah.Sempat lagi bagi ayat,”takpe,kali ni saya tolong kamu”.What??Tolong??Menyusahkan lagi ada.

Bukan saya seorang pernah terkena dengan perbezaan kadar ini,bahkan ramai lagi kawan-kawan yang menerima nasib yang sama. Seorang rakan pernah mendakwa dia dikenakan cas sebanyak RM20 seorang untuk perjalanan ke UITM Kedah ke Sungai Petani.Wah,tinggi sungguh kadarnya.Kalau naik bas RM2.40 jer kot.Peristiwa-peristiwa inilah yang menjadikan saya tersangatlah cerewet untuk menaiki teksi.

Sepatutnya kadar dan perkhidmatan teksi perlulah seragam agar tidak timbul insan-insan seperti saya. Sebagai pelajar, kami bukannya mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk diberikan kepada pak cik teksi yang cekik darah ni.Sumber kami hanyalah PTPTN, biasiswa dan selebihnya ibu bapa.Rasanya segan la pulak untuk selalu mintak duit daripada ibu bapa disebabkan cas-cas yang tidak diduga ini.

Tapi tidak semua pakcik teksi sebegini,Ada yang baik dan menghormati pelanggan. Sebagai contoh, pernah saya mendapat khidmat dari pakcik teksi yang sanggup jemput kami dari dalam UITM dan kadarnya berpatutan.Bahkan siap ada pit stop lagi.Maklumlah remaja.Kejap singgah MCD la.Tapi pakcik ni sangatla sporting.Siap bagi nasihat lagi untuk kami.Menyesal rasanya sebab terlupa ambil no telefon dia.Kalau tak senang nak berurusan dengan orang sebegini. Memang satu dalam sejuta.Mungkin,badan-badan berkenaan patut memantau masalah ni.Kalau tak, industri teksi memang akan merosot.

2 comments:

  1. Kak, saya nk tnya, tahun ni (2016) tahu tak berapa kadar tambang teksi dr sg. petani ke uitm merbok? Lagi satu, dia lalu ikut jalan pintasan semeling tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf dik. Akak dah lama sangat tak ke Sungai Petani. Tak pasti pulak rate dia dah berapa sekarang. Maaf yer

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...