Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 May 2010

Putus Cinta.



Seperti remaja-remaja lain,saya juga tidak lepas untuk terlibat dalam bab cinta cintun ni.Sememangnya pengalaman yang takkan dilupakan.Kata orang waktu bercinta,semuanya indah.Betullah tu.Memang indah.Dah tak nampak orang lain dah.Dia sorang je kita ingat.

Lain la pulak keadaan nya time putus cinta.Biasalah cinta tak kesampaian.Macam-macam boleh dijadikan sebabnya.Nak focus study la, tak serasi la, rasa berdosa la.Kalau nak dihitung,memang tak terkira.Yang menjadi persoalanya, kalau dah agak benda-benda ni bakal terjadi,mengapa gatal-gatal nak bercinta lagi.Dah tahu tengah study dan tak boleh bagi komitmen,gatal jugak. Yang kes tak serasi plak,bukan ker kamu kenal dengan pasangan,sebelum couple,tentu dah tahu perangainya.So,still gak nak couple??

Memang la benda ni susah nak jangka.Putus cinta memang sakit.Lebih-lebih lagi bila tahu si dia dah dapat pengganti.Amboi,bukan main lagi waktu nak clash.Macam-macam alasan.Tengok tengok dapat pengganti.Tak ke menyirap darah kita.Mula la “berzikir” untuk insan tersayang ni.Sakit hati ni tuhan sajer yang tahu.Kalu si dia di depan mata.Konpem dah tak hidup lama.

Tapi bila difikirkan balik,perlu ker kita emosi sangat sebegitu?Sedangkan orang yang sudah berkahwin boleh bercerai,inikan pulak yang masih ditahap kekasih ni.Kekadang pernah jugak saya terfikir,mengapa saya ditemukan dengan si dia kalu hanya untuk dikecewakan?Baiklah tak payah bercouple dulu. Tapi itulah,kita manusia dalam tidak sedar lupa yang Allah dan merancang segala-galanya untuk kita.Jodoh,ajal maut semuanya di tangan Allah.Mungkin dia temukan kita dengan insan-insan menyakitkan hati ni untuk membuat kita lebih menghargai jodoh sebenar kita.

So,bagi mereka-mereka yang putus cinta di luar sana.Janganlah bertindak mengikut perasaan.Biasa lah manusia,ingin mencintai dan ingin dicintai. Lepaskanlah memori-memori lama.Usahla dikenang.Nanti merana pulak.Ambil la langkah-langkah seperti menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti.Anda juga seeloknya delete segala memori silam dengan si dia. Cara ni agak berkesan sebab kata orang “out of sight,out of mind”.Yakinlah yang anda akan mendapat yang jauh lebih baik dari si dia.Paling mudah,cari je pengganti.Tapi janganlah pengganti tu hanya untuk menunjuk-nunjuk dekat ex.Tak baik mainkan perasaan orang.Berdoalah dengan Allah agar kita dipertemukan dengan jodoh yang menyejukkan mata dan juga hati. Ingat, kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum.Ceria-ceria selalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...