Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 May 2010

Murah rezeki…




Kata orang tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tak siapa yang tahu. Bercakap pasal murah rezeki ni sememangnya saya merasakan saya merupakan seorang hamba Allah yang patut bersyukur sangat2 diatas kurniaan Allah. Ini kerana apa yang saya dapat sememangnya tidak dijangka dan alhamdullillah syukur atas segalanya.

Saya telah membuat keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur biarpun cuti semester untuk pelajar2 UITM hanya sebulan lebih.Plannya nak tinggal di rumah sepupu di Segambut.Namun apakan daya, sepupu saya dan anak-anaknya pulang ke Kelantan kerana raya haji.Tinggallah saya bersama suami sepupu saya dan adik lelaki sepupu saya.Sebagai satu2nya perempuan,saya berasa tidak senang untuk tinggal disitu.

Rezeki Allah, sy ditawarkan bekerja di JUSCO Mid Valley sebagai juruwang. Memandangkan saya tiada tempat tinggal, mereka usahakan tempat tinggal untuk saya. Sangat tidak diduga ,sekejap saja saya mendapat rumah sewa biarpun pada awalnya diberitahu tiada hostel untuk pekerja perempuan. Rumah di Pantai Dalam ni bukanlah banglo, tapi alhamdulillah.Orang2 kat dalam rumah itu sangat baik dan menganggap saya seperti adik mereka sendiri. Saya sangat terharu mendapat perhatian dan pemahaman dari mereka biarpun sebenarnya kami tidak mempunyai sebarang ikatan kekeluargaan.

Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan juga sewaktu saya mencari2 bank Islam sewaktu kad saya tidak dapat digunakan. Sy ke KL Central pada mulanya dan bertanya arah kepada seorang wanita. Kakak itu memberitahu yang dia ingin ke Kuala Lumpur dan katanya Bank Islam ada di Kuala Lumpur.Saya pun menaiki teksi bersamanya.Alangkah terkejutnya saya apabila saya ingin membayar tambang teksi,kakak itu mengatakan dia akan bayar untuk saya.Bayangkan..Walaupun pertemuan hanya seketika,namun kakak itu sangat memahami keadaan saya. Dia seolah-olah mengetahui saya kesempitan wang.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kakak itu.

Kesimpulannya, percayalah pada rezeki Allah. Sememangnya tidak diduga.Siapa sangka saya senang sahaja mandapat pekerjaan dan mengenali insan2 yang memahami dan banyak membantu saya di sini biarpun kami tiada sebarang ikatan.Alhamdulillah ya Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...