Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

20 May 2010

Hari Jadi ke-20 ingatan abadi















Tanggal 18/4/2010, aku menyambut hari lahir ku yang ke 20..aku memilih untuk mencatit kejadian ini antara kejadian yang maha penting dalam hidup kerana sememangnya kejadian ini memang tidak akan ku lupa sampai ke hujung nyawa.Pada tarikh ini jugalah aku umpama diberi peluang kedua oleh Allah S.W.T untuk terus bernafas di muka bumi ini.. Tidak ku duga hari itu aku bakal ditimpa kemalangan yang mengerikan..Hari itu banyak urusan yang ingin aku selesaikan..renew lesen kereta dari lesen P ke Competent, ambil pengesahan untuk sijil2 dan juga urusan rakanku.semuanya berjalan dengan lancar..






Mula-mula kami mendapatkan pengesahan untuk sijil ku di Sekolah Menengah Abdul Samad.Kemudian,kami menghala ke JPJ Machang untuk renew lesen...Selesai urusan itu, kami makan di gerai berdekatan SMK Hamzah..Makan pun umpama tidak kenyang apabila aku tertinggal handphone yang dipinjam dari rakan di dalam kereta..Kemudian aku mengambil rakan2 kawanku yang ingin mengambil pengesahan untuk sijil2 mereka di SMK Machang..Sungguh cepat semunya berlalu.Selesai urusan, aku hantar mereka di bandar Machang kemudian aku bercadang untuk bertemu rakan lamaku di perjalanan balik..Tinggal aku dah rakanku berdua dalam kereta.. Tiba2 kami merasakan kami tersalah arah.Aku tidak pernah memandu di jalan menghala ke Kuala Krai .Tiba disimpang, aku pandang ke kiri dan ke kanan untuk melintas.AKu nampak sebuah trelar menuju ke Kuala Krai(arah straight) tapi pada pandangan ku,trelar itu amat jauh.Semestinya aku sempat untuk melintas.NAmun, tiba-tiba sahaja keretaku berputar 360 darjah. Ya allah, aku accident dengan trelar..nasib baik kereta yang dipanduku agak laju semasa keluar selekoh.Hanya bahagian belakang kereta yang dirempuh..Aku terkesima..ku pandang rakan disebelah dan dia tidak mengalami apa2 kecederaan.Terusku menarik hand brake dan keluar dari kereta..Masya-allah, bahagian belakang rosak teruk.tayar dibahagian belakang tempat duduk penumpang tercabut,semua di bahagian belakang remuk.Habis buku2 ibuku di bahagian bonet kereta tercampak keluar..Hanya mama yang bermain diingatan..Terus nombornya di dail tanpa rasa takut akan dimarah..aku sungguh terkejut.lagi sedikit untuk aku yang dirempuh trelar itu..






trelar itu tayar 16..kereta ku hanya kelisa..semua yang melihat kejadian itu menjangkakan kemalangan itu meragut nyawa..namun kuasa Allah.aku tidak mengalami apa2 pendarahan . cuma bahagian pinggang aku dan rakanku terasa sakit mungkin akibat putaran 360 darjah.melihat keretaku yang rosak teruk, aku amat terkejut.namun ramai yang menyatakan.kereta rosak boleh dibaiki dik, syukur la awak selamat..Nampak sahaja wajah ibuku, aku memeluknya erat.hanya dia yang aku ada. .aku takut aku tidak dapat bertemu dengannya lagi.. Alhamdulillah ya Allah, kau masih beriku peluang untuk hidup..untuk bertaubat..






Andaikata itu merupakan hari terakhirku, aku tidak yakin syurga adalah tempatku..terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang hidup..terlalu banyak pertolongan yang Allah berikan padaku pada hari itu.Andaikata aku masih belum menghantar rakan ku di bahagian penumpang belakang, pasti ada kemalangan maut dan sampai ke akhir hayat aku akan menanggungnya .Dan andaikata Allah tidak menyelamatkanku, pasti bahagian depan kereta turut dirempuh dan aku dan kawanku belum tentu dapat diselamatkan...Sungguh besar kuasa Allah..Ya allah, ampunkan aku..aku berazam untuk berubah..kau kuatkan semangatku ya allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...