Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 May 2010

Ghost Whisperer....


Saya amat meminati drama ni..sejak kali pertama saya lihat, terus sahaja jatuh hati.tapi saya ni slalu jer ketinggalan...cerita ni dah banyak musim tapi saya baru jer tengok tahun ni di 8tv setiap hari selasa dan khamis...disebabkan terlalu minat kisah ni, biarpun musim study week, saya rela balik awal untuk menonton(biasanya saya akan study di perpustakaan sultan badlishah uitm kedah pada minggu peperiksaan akhir)..kawan yang selalu bersama saya akan pelik kalau saya buat janji nak jumpa siapa2 di malam selasa..ini kerana, konfem saya akan batalkan janji sebab nak sangat tengok cerita ni..


Drama ni mengisahkan Melinda Gordon( Jennifer Love Hewit) yang mempunyai satu kelebihan yang mana mampu berkomunikasi dengan roh mereka yang telah meninggal dunia..Saat yang paling menyedihkan saya ialah apabila suaminya, Jim Clancy( David Conrad) meninggal dunia akibat ditembak secara tidak sengaja oleh seorang detektif. Namun, disebabkan rasa cinta dan tidak mahu berpisah dengan Melinda, Jim mengambil keputusan untuk tidak memasuki cahaya dan kekal dibumi..Masalah yang lain timbul apabila Jim memasuki tubuh seorang lelaki yang baru meninggal dunia akibat kemalangan iaitu Sam..Kesannya, Jim tidak dapat mengenali Melinda..Pelbagai kisah berlaku hinggalah ke suatu saat, Jim mula mengingati Melinda dan perkara lebih baik berlaku apabila Melinda didapati hamil anak Jim..


Saya happy sangat menonton drama ni..konpem tak akan berganjak ke mana2..huhu..saya ada mencari drama ni di youtube dan saya telah melihat
episod dimana Melinda melahirkan anak lelaki dan anak itu juga memiliki kebolehan yang sama seperti ibunya..Namun apa yang menyedihkan ialah sekarang musim cuti semester dan rumah saya tiada 8tv..i'm gonna miss you so much.....Ghost Whisperer.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...