Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

20 May 2010

Fanatik atau emosional…


Perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan pada 7.11.2009 di Stadium Putra Bukit Jalil sememangnya merupakan satu sejarah penting yang takkan dilupakan dalam arena bola sepak ni.Lebih-lebih lagi kepada penyokong Kelantan.Negeri Kelantan siap mendapat cuti pada hari Ahad dan mungkin mendapat cuti pada hari Isnin sekiranya Kelantan menang.Berpuluh-puluh buah bas dan pelbagai inisiatif diambil oleh rakyat Kelantan untuk menunjukkan sokongan padu kepada pasukan mereka.Namun,kemenangan yang berpihak kepada Negeri Sembilan 3-1 mewujudkan satu suasana yang tidak senang selepas itu..

Hmmm sememangnya saya penyokong negeri cik siti wan kembang itu memandangkan dah sebahagian besar hidup saya membesar di negeri itu.Namun,pada pandangan saya rusuhan dan cara penyokong-penyokong Kelantan menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah tidak patut dan tidak wajar berlaku.Janganlah sampai macam tu ye.

Kalah dan menang merupakan adat bertanding.Biasalah kan.Kalau semua menang tak namanya bertanding la pulak. Jadi biarpun kita penyokong finatik,tidak perlulah sehingga membakar kerusi, kain rentang,membaling batu dan menimbulkan kekecohan biarpun kemenangan tidak berpihak pada kita. Mungkin bukan rezeki Kelantan untuk menang tahun ni. Sabar lah ya.Siapa tahu musim depan kita bergelar juara.

Emosi perlu pandai di kawal.Kalau tak,beginilah jadinya. Cuba bayangkan kalau ada yang tercedera, termeninggal ke disebabkan kejadian ni. Tak ke haru biru jadinya.Sebagai rakyat negeri Kelantan yang tercinta ni, saya turut la rasa terhenyak,tertampar,termalu dan bermacam-macam ter lagi la disebabkan perbuatan penyokong-penyokong Kelantan yang fanatik ni.Tak salah kita memberi sokongan padu.Saya pun berusaha untuk mendapatkan siaran radio memandangkan saya tidak dapat untuk melihat secara “live” perlawanan ini berlangsung. Saya dalam perjalanan dari Kelantan ke Kedah pada waktu itu.Disebabkan nak tahu punya pasal, paksa rakan-rakan yang boleh lihat siaran tu supaya memberitahu keputusan semasa dan lagi syoknya paksa penumpang sebelah yang dari Terengganu pasang radio sebab handphone saya takde radio.

Kesimpulannya, belajarlah mengawal emosi kita. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar agar tidak berulang lagi. Tak pasal-pasal rakyat negeri Kelantan di label “suka merusuh” dan macam-macam lagi label yang tidak enak di dengar disebabkan kejadian ini.Fikir-fikirlah ye..Bak kata orang kelantan,”gedebe pun gedebe jugok,tapi bia la bertempat”(Nak tunjuk hero pun biarlah bertempat).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...