Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 May 2010

Cinta tak diundang…




Orang kata cinta ni tak boleh dipaksa..btol ke? Tapi macam mana plak kalau tak kenal maka tak cinta..maknanya boleh dipaksa jugak la kan? Kalau nak piker bab cinta ni memang pening..sakit hati, sakit kepala dan macam macam sakit lagi..

Kekadang hairan jugak kan..bila kita cintakan seseorang tu, dia pulak tak semestinya suka kat kita.. sama la bila ada orang suka kat kita, kita plak tak sukakan dia…kenapa susah ek nak wujudkan keadaan suka sama suka??


19052010, seorang kenalan yang dah lama dikenali ajak saya menjadi pasangannya..ayatnya sangatlah mencairkan hati, “andaikata saya melamar awak,sudikah awak bersama dengan saya”..Ya allah, betapa gembiranya saya rasa kerana apa yang saya faham “melamar” itu maksud nya ingin jadikan saya sebagai suri hidupnya,Terus ajer saya menjawab”saya sudi,asalkan hubungan kita halal”..Tetapi lain pula jadinya..apa yang si dia faham, lamar itu adalah untuk dijadikan kekasihnya..sekali lagi dia bertanya,”kalau saya ajak awak couple, awak nak couple ngan saya tak?”Aduh, terus sahaja saya menolak..Dia menyatakan dia tidak sanggup untuk meneruskan perbicaraan kerana takut kecewa..Tambah lagi bila si dia bertanya,”adakah awak mencintai saya?” dan jawapan saya, “saya hanya akan mencintai suami saya..”Tidak semena-mena si dia berubah menjadi dingin..Adakah saya telah mengecewakan dia?? Kenapa mesti couple??


Saya tidak inginkan hubungan yang hanya berlandaskan nafsu namun saya pentingkan komitmen..tanggungjawab,..Fitrah manusia ingin berpasangan, namun mengapa perlu dicemarkan dengan perkara2 yang tidak elok?Saya menjanjikan perkahwinan dengannya,kerana saya ingin terus bersamanya(biarpun saya tidak bercadang untuk berkahwin buat masa sekarang)..Namun mengapa dia menolak perkahwinan bila dia menyatakan amat mencintai saya dalam diam? Hati saya berdetik, dia tidak inginkan hidup bersama saya.NAmpaknya saya perlu terus menanti.


Plan saya amat mudah..Kita tidak perlu untuk couple, namun saling percaya dan berusaha untuk majukan diri.Sama2 berjaya dalam hidup.Sampai masa baru kawen..Ada rakan menyatakan, couple tu untuk tanda..Namun pada saya,kenapa perlu tanda?dah tiada kepercayaan dan kejujuran dalam diri masing2 kah??Manusia hanya mereka istilah couple itu untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan, walhal kita sendiri sedar apa baik buruknya couple..



Hadis menyatakan”berjuanglah kamu biarpun perjuangan itu amat pahit bagimu, tidak semestinya apa yang kamu benci itu buruk untukmu dan apa yang kamu suka itu baik buatmu”,..Mulut manusia boleh berzina dengan saling meluahkan kerinduan, anggota boleh berzina bila saling bersentuhan,mata boleh berzina dengan saling berpandangan dan hati boleh berzina dengan sering mengingati si dia..

Andaikata dengan ber”couple” anda boleh mengelakkan zina2 di atas, teruskanlah hubungan anda…dan andaikata tidak,,sahutlah seruan perjuangan itu..Sesungguhnya tiada apa yang saya harapkan melainkan jodoh yang mampu membimbing saya yang serba kekurangan ini ke jalanNya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...