Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

21 May 2010

Cinta oh Cinta
















Tak habis-habis nak cerita pasal bab cinta ni.Mengapa?Alah biasalah remaja.Kan cinta ni dah macam asam garam.Ada banyak jenis cinta.Kita bercerita mengenai cinta kepada kekasih ye.Bukan cinta pada Allah,suami atau isteri dan ibu bapa.Itu cinta wajib.Cinta kekasih ni tak wajib pun.

Kita dapat lihat pelbagai ragam orang berkasih ni.Ada yang jenis 24 jam sms tanpa henti.Ada jugak yang jenis kalau keluar tu, tangan si “buayafriend” ni tak habis2 menjalar(tak cukup takat tangan je),ada yang jenis kena jumpa tiap-tiap hari,tak jumpa alamatnya tak boleh tido,ada jugak yang jenis slow and steady jer.Sms pun tak, call jarang-jarang sekali.Hah macam-macam kan.

Yang menjadi isunya ialah yang jenis bercinta sampai ke tahap meramaikan anak luar nikah ni.Aduyai, tersangatlah sedih hal ni berlaku. Ye lah.Tau la sayang,cinta tapi takkan la sampai tergadai body kot.Anak kan tanda cinta,kalau betul cinta,kenapa perlu buang bayi bayi yang tidak berdosa ni.Pandai buat, pandai la tanggung. Kejam betul.
Ada jugak yang jenis bercinta kepada materalistik.Pisau cukur la.Orang kata ramainya perempuan la yang pisau cukur ni.Hello lelaki pun sama ok.Pernah seorang kawan saya menceritakan pengalaman beliau mendapat pakwe pisau cukur ni.Alamak ai..Tersangatla merana. Mintak di belikan handphone la, yang tak tahan nya,time dating, perempuan yang tanggung segala perbelanjaan. Malunya..Kalau lelaki,tu perkara biasa..Biasalah gentleman..tapi kalau perempuan, umpama dunia dah terbalik.

See, macam2 kan.Kalau nak diceritakan memang macam-macam la ceritanya orang berkasih ni.So, anda macam mana. Mudah-mudahan kita mendapat cinta yang diredhai allah..Menurut cerita “Syurga Cinta”, Jodoh ada 3 jenis.1)Jodoh dari syaitan,2)Jodoh dari Jin dan yang terakhir Jodoh dari allah.Jodoh yang pertama ialah apabila pasangan itu suka sama suka dan mula melakukan perkara2 yang digemari syaitan umpamanya peluk2,cium2 tu.Kesannya berlakulah zina dan mereka berkahwin.Jodoh yang kedua pula apabila manusia mula meminta bantuan jin.Ye lah macam guna minyak pemikatla,minyak senyoyong la..akhirnya mereka berkahwin.Dan jodoh yang terakhir pula apabila manusia itu saling terpikat dan terus berkahwin.Kesannya perkahwinan mereka mendapat restu dari allah.Renung2 kan lah..Pilihan di tangan anda..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...